Oleh : BADAN BERTINDAK UMNO
Berikut adalah kandungan sepenuhnya surat yang dihantar kepada pemimpin-pemimpin politik di Selangor, yang juga telah dihantar ke Detikdaily. Ia disiarkan bagi mendapat perspektif lain tentang isu kepimpinan MB Selanor selama ini. Selamat membaca:
Seluruh penduduk Selangor dah puas. Kita dah tak ada muka nak sorok.. Dah jadi bak kata pepatah Melayu “macam mano acuannya, begitulah kueh yang jadi…” Pelik tapi memang bonar kato pepatah tadi.
Aku jadi ahli UMNO kerana semangat juang untuk mempertahankan maruah agama, bangsa dan negara. Aku rasa amat berdosa kerana sejak dari dulu lagi pemimpin yang aku turut pilih telah menconteng arang di muka-muka ahli-ahli UMNO khususnya ahli UMNO Selangor. Seorang demi seorang tersungkur. Paling jadahnya kejatuhan mereka berpunca dari sial diri mereka sendiri, dan kita ahli-ahli UMNO Selangor turut di heret ke dalam lumpur yang telah mereka sediakan. Aku malu apabila ditanya dari manaka aku dan Bahagian UMNO manakah aku. Sebut sahaja aku dari Selangor dan mewakili Bahagian UMNO YAB Dato Menteri Besar, bukan aku disegani atau dihormati tapi sebaliknya aku dipandang sinis
Sejak zaman Datuk Harun lagi kita telah membuka satu capter dalam sejarah kita bahawa setiap menteri besar Selangor selepasnya akan menerima nasib sama kerana perbuatan yang hampir sama. Perbuatan jijik yang telah dikutuk oleh Allah SNW. Iaitu RASUAH!!. Aku tabek Tan Sri Muhd. Taib kerana ditangkap di Australia atas tuduhan bawa duit banyak. Sekurang-kurangnya orang Melayu yang melawat ke Australia lepas peristiwa itu dihormati oleh orang Australia. Bagi mereka orang Melayu kaya dan banyak duit bukan seperti Bangsa Vietnam, Bangsa Filipina, Bangsa Indonesia, Bangsa Iran, Bangsa Iraq, Bangsa Afghanistan dan banyak lagi bangsa- bangsa yang keparat dan melarat. Cuba kita gambarkan Tan Sri Muhd. Taib, ketika itu Mentori Bosar yang orang puteh sebut Chief Minister, ditangkap kerana curi seluar dalam perempuan atau coli perempuan atau sarongnya anu; lingkuplah maruah Bangsa Malaysia!!
Tapi apa pun perbuatannya itu, adalah penyebab kepada jatuhnya seorang pemimpin Negeri Selangor. Lepas itu YAB Perdana Menteri pun fed-up. Celako punya orang-orang UMNO Selangor, kito pilih orang yang duduk tempat tinggi, pengaruh tinggi, orangnya pun tinggi; hanco UMNO dibuetnya. Sekarang aku mesti pilih orang yang betoll-betoll beroseh. Mr. Cleanlah katonya orang putueh. Jadi terpilihlah Dato Abu Hassan Omar. Bonarlah Abu Hassan ni beroseh, mukonya cerah, rambutnya puteh melopak, pakainya stail Diplomat Antarabangser! Tak ada satu pun yang tak berseh tentang Dato Abu Hassan. Bagaimana pun kami di Selangor tahu siapa Dato Abu Hassan sebonarnya. Kerana pilihan ini pilihan Perdana Menteri kami pun akur. Kami yakin, ketika itu, Abu Hassan akan berubah buang tabiat dan laksanakan tugasnya dengan penuh tertib kerana menyedari tanggungjawab dan tugas Mr. Clean yang dipikulkan kepadanya oleh YAB Presiden UMNO yang juga Perdana Menteri dan juga seorang Negarawan yang disegani oleh semua pemimpin dunia. Dalam kato lain Perdana Menteri Malaysia ini berlainan specie hingga seluruh dunia sanggup dengar kata dia.
Dato Abu Hassan pun mula tugasnya sebagai Mr. Clean. Perkataan Clean bererti BEROSEH, cuci-calat, kelorox, melepak dan banyak lagi .. Maka ahwah mulalah tugas Panglima yang diarah untuk perbetulkan Bahtera Selangor yang patah kemudinya. Kami di Selangor tabek Dato Abu Hassan kerana berjaya mengekalkan imej Mr. Cleannya.
Tugas petamo dia sapu berseh semua tanah-tanah yang ada dan diberikannya kepada kuncu-kuncu politik beliau. Dia sapu berseh balak-balak yang ada dan dihadiahkan kepada taukeh-takeh yang ada kaitan dengannya. Dia sapu berseh kuasa-kuasa EXCO supaya mereka hanya tinggal seperti tunggul kayu dan akhirnya dia sapu ADIK IPARNYA sendiri dan tinggalkan pewaris yang akan membawa reba kepada keluarganya sendiri. Mako tersungkurlah seorang Mr. Clean, pemimpin UMNO selangor, pemimpin Melayu yang dijulangkan oleh Presiden UMNO sendiri.
Aku kasehan YAB Perdana Menteri. Beban kerja yang dilaksanakan tak tertanggung oleh mana-mana pemimpin Melayu yang ada sekarang. Pada usia 74 tahun beliau mampu berdiri untuk berucap, menasehati para ahli UMNO supaya ikhlas, jujur, transparent ( telus bukan jerlus ) dan kerja kuat selama berjam-jam. Berbuih mulut Presiden UMNO, mengalir air matonya kerana mengenangkan betapo rakusnya mereka yang dipilih oleh beliau sendiri untuk memimpin orang-orang Melayu…
Lepas tersungkurnya Abu Hassan di Selangor Perdana Menteri jadi bengong (kata orang Kedah)!! Dikhabarkan beliau tidak dapat lelapkan matonya selama hampir tujuh hari tujuh malam!!. Risaulah seluruh anggota kerabatnya. Rambut Perdana Menteri juga dilapurkan gugur sebanyak 144 helai selama tujuh hari tersebut. Seleranya juga turut terjejas, cumo diminumnya susu (fresh Milk dari hasil ternakan tenusu MARDI) dan madu lebah yang dibawa oleh ahli-ahli UMNO Pahang yang kononnya dipungut dari pohon halban oleh orang-orang Asli (madu tulin bukan palsu semacam pemimpin Selangor).
Akhirnya beliau pun buat keputusan nekad. Dalam mesyuarat Kabinet ramai telah memberi cadangan supaya diberi peluang kepada rakyat Selangor memilih pemimpin mereka. Pak Lah cadang supaya diserahkan sahaja kepada UMNO Selangor. “Biaq depa pilih Menteri Besaq dan kalau jadi macam yang lepas-lepas kita hentam depa cukop-cukop..” Pak Lah beri cadangan itu kerana beliau terlalu kasehan kepada Perdana Menteri. Masalah Selangor sepatutnya bukan menjadi agenda utama Perdana Menteri, beliau terlalu sibuk dengan urusan Negara.. Kata-kata Pak Lah dijeling sinis oleh Perdana Menteri. “Hang percaya kat depa tu Pak Lah.. Harap depa pilih lingkup semua UMNO dibuatnyo”. Pak Lah diam ketakutan. Ni betul, sememangnya Pak Lah takut kepada Perdana Menteri. Tak percaya tengok sahaja gambar ketika mereka berdua kunjungi DYMM di Hospital Gleneagles tempoh hari.
Maka Perdana Menteri pun menggarukan kepalanya dan beberapa helai rambut dilapurkan gugur lagi. Akhir kalam Perdana Menteri pun bersetuju untuk minta pemimpin Selangor mengemukakan calon mereka untuk dipertimbangkan. Kata oleh orang yang ampunya cerita, UMNO Selangor pun telah melantik sebuah Jawatankuasa untuk mengemukakan calon-calon tadi dan Tan Sri Muhd. Taib dilantik menjadi pengerusi. Mungkin mereka tersilap pilih. Selang beberapa hari kemudiannya YAB Perdana Menteri pun terima satu sampul surat yang disealkan dan tercatit “sulit/persendirian”. Rasa legalah Perdana Menteri dan beliau terus panggil Pak Lah. “Bijak cadangan kamu Pak Lah. Sekurang-kurangnya kita tak payah dok pikiq pasai Selangor, Biaq depa mampuieh pi”
Pak Lah pun buka sampul surat dari Selangor tadi. Muka dia berpeluh dan kelihatan pucat. Perdana Menteri tenung penuh bermakna (masa itu belum ada ancaman Anthrax lagi). Terdiam dua orang pemimpin tinggi negara. “Celaka sungguh, depa bagi sedepa nama-nama calon untuk kita pilih!”. Maka sahlah pada hemat Perdana Menteri dan Timbalannya pemimpin UMNO Selangor sememangnya gila kuasa, rakus dan mereka amat ngeri, busuk hati!!
Akhir sekali Perdana Menteri pun pilihlah seorang MUDA yang pada hematnya begitu bersih, bergelar Doktor walaupun doktor gigi, petah menghafal ayat-ayat suci Al-Quran dan Hadis dan merupakan pemimpin pelapis yang tahan diuji. Beliau tahu pilihan ini diluar prosediur parti. Beliau tahu pemilihan ini akan mendapat tentangan dari ahli-ahli UMNO. Beliau tahu pemilihan ini memeranjatkan dunia. Beliau tahu pemilihan ini ditentang oleh Istana. Beliau tahu semuanya kerana beliau adalah Presiden UMNO dan mahu melihat UMNO selamat.
Maka sepertimana yang telah tercatat, YAB Dr. Muhammad Khir bin Toy pun ditabalkan. Selang tidak berapa lama kemudian daripada itu diberinya gelaran Dato Seri dengan tujuan untuk menyerikan lagi pntadbirannya!!
Harapan rakyat tinggi menggunung. Kalau Himalaya tu tinggi, tinggi lagi harapan rakyat Selangor yang begitu dahagakan seorang pemimpin yang bersih, bewibawa dan ikhlas untuk membela nasib mereka. Maka rata-rata rakyat pun bersembahyang hajat mohon pertunjuk dari Yang Maha Esa agar segala yang dirancangkan berjalan dengan baik. Maka setiap biji mata termasuklah mata –mata yang buta cuba malihat akan perkembangan pentadbiran dibawah darah muda, jiwa muda, orang muda. Sehari demi sehari berlalu dengan berbagai perkara manis dan tidak berapa pahit berlaku. Rakyat Selangor khasnya orang-orang UMNO terus mendengar dan mendengar.
Wak Dollah yang berdarah Jawa sama seperti darah Menteri Besar mengeloh apabila cubaan beliau untuk berjumpa Menteri Besar di rumahnya di larang. “Jumpa saya di pejabat… dirumah saya berkhidmat untuk anak dan isteri saya.” Kabari Wak? Ngok waraas.
“Betul, aku ke pejabat dan diberi peluang jumpa Menteri Besar” kata Ketua Pemuda UMNO Bahagian, “… aku terkejut melihat dalam biliknya isterinya dan anak-anak sedang menunggu… yang geramnya itu anaknya melompat ke sana sini tanpa ditegor oleh isteri. Anaknya juga memanjat ambil pen dari dalam koceknya dan mencakar diatas meja… Aku pening tengok telatah Menteri Besar” Apo dah jadi ni…jangan-jangan takuit dek bini tak?
Peristiwa sebegini ditafsirkan berlainan oleh berlainan kumpulan. Tapi jika di pejabat siisteri tunggu dan anak-anak berlari seperti padang permainan, maka jelaslah pemimpin ini tidak ada budaya.
Nah tiba-tiba meletuplah berbagai tuduhan yang kita rasa terlalu besar untuk diketepikan. Pertama kerana Menteri Besar ini baharu 14 bulan berkhidmat. Kedua kerana beliau adalah pilihan dari luar senarai yang dibentangkan oleh pemimpin UMNO Selangor. Ketiga kerana beliau dari golongan pelapis muda. Kempat kerana beliau selalu mulakan segalanya dengan ayat suci Al-Quran dan Hadis Rasulullah. Bahkan dalam satu upacara MCA pun dikeluarkan Hadis. Tersentak seluruh ahli MCA takut mrereka sedang di Islamkan oleh Menteri Besar.
Wawancara Menteri Besar Dato Seri Dr. Muhammad Khir bin Toyo dalam Mingguan Malaysia Ahad lepas sekali lagi mendedahkan kesalahan beliau. Tanpa disedarinya beliau telah MENGELAK dari menjawab soalan pertuduhan yang dilemparkan kepadanya. Kami ahli-ahli UMNO Selangor juga ingin penjelasan supaya nama baik Menteri Besar kami tidak tercemar. Yang paling pentingnya supaya kami tidak sekali lagi malu kerana pemimpin kami RASUAH… kalau terbukti maka dimana kami hendak letak muka kami. Masakan hendak dilekatkan di … kerana tempat itu sememangnya telah SEDIA MAKLUM MALU DIBUATNYA.
Walau apa pun kami ahli-ahli UMNO Selangor TIDAK mahu dipalit lumpur buat kali ini.demi menjaga nama baik UMNO, nama baik Perdana Menteri yang memilih Dr. Muhammad Khir Toyo sebagai Menteri Besar walaupun dibantah oleh DYMM Tuanku, demi menjaga maruah Bangsa Melayu dan Jawa kami mendesak sekeras-kerasnya supaya penyiasatan terhadap segala tuduhan dibuat tanpa kira bulu.
Walau apa pun kami ahli-ahli UMNO Selangor TIDAK mahu dipalit lumpur buat kali ini.demi menjaga nama baik UMNO, nama baik Perdana Menteri yang memilih Dr. Muhammad Khir Toyo sebagai Menteri Besar walaupun dibantah oleh DYMM Tuanku, demi menjaga maruah Bangsa Melayu dan Jawa kami mendesak sekeras-kerasnya supaya penyiasatan terhadap segala tuduhan dibuat tanpa kira bulu.
Jika Dato Harun disiasat dan didapati bersalah di hukum penjara. Jika Tan Sri Muhammad Taib, walaupun jelas terlibat, disiasat tetapi tiada kes maka diampunkan. Maka kami semua kerabat UMNO Selangor mendesak supaya BPR dan Perdana Menteri menyiasat dan jika ada bukti sebarang penyelewengan tindakan setimpal mesti diambil ke atas Muhamad Khir Toyo. Tiada maaf bagi sesiapa yang mencemarkan maruah bangsa, tidak kira bangsa apa, Jawa ke, Melayu ke, India ke, Cina ke,…….tapi apabila maruah bangsa akan tercemar; makaTINDAKAN mesti diambil. Dan jika penyiasatan terbukti beliau tidak terlibat maka kita harus beri sokongan pada kepadanya. Tapi sekarang Ia ni tuduhan dan dah buat. Tidak kira sama ada yang buat itu orang mana. Pastilah orang berkenaan sanggup tanggung risiko kerana jika tuduhan itu palsu maka dia sendiri akan terseret ke dalam penjara.
Kami ahli-ahli UMNO Selangor mahu melihat pemimpin kami bersih dan amanah mahukan YAB Dato Seri Muhammad Khir Toyo disiasat sehalus-halusnya dan jika bersalah , tindakan mesti diambil tidak kira beliau muda atau tua.
Kami ahli-ahli UMNO selangor mahu lihat semua pemimpin kami bersih dan kami mahu hadapi parti pembangkang dengan semangat waja supaya apabila kami menuduh pemimpin kami kotor atau rasuah, kami dapat cincang mereka begitu sahaja. Kami berjanji kepada YAP Presiden bahawa kami akan terus berdiri di belakang, dihadapan, di rusuk kiri dan kanan beliau untuk memastikan UMNO amnya dan Melayu khasnya terus memerintah Selangor buat selama-lamanya.
Badan Bertindak UMNO
Penyelamat Pemimpin Selangor.