Oleh :
VETERAN UMNO
KERENAH KHIR TOYO DAN ORANG2NYA
1. CIK GU MUSLIM CEMAR NAMA BAIK SULTAN
Sembang-sembang ketika menghadiri kenduri tahlil, Cikgu Muslim dari Kg. Seri Tiram menceritakan bahawa Khir Toyo akan kekal sebagai Menteri Besar Selangor sekurang-kurangnya sehingga pilihan raya akan datang.
Ahli-ahli PAS lebih-lebih lagi Sdr. Lutfi jangan mimpi boleh jatuhkan Khir Toyo, dakwa Cikgu Muslim. Pada majlis yang sama Cikgu Muslim telah mencemar nama baik Sultan Selangor dengan mendakwa bahawa Tuanku akan meminta Perdana Menteri mengekalkan Khir Toyo sebagai MB Selangor.
Cikgu Muslim mengatakan bahawa Khir Toyo telah memberikan wang 'ufti' sebanyak RM4 juta sebulan supaya Sultan terus menyokong mengekalkan Khir Toyo sebagai MB Selangor.
2. PEGAWAI BPR MINTA PROJEK
Hasrat Sdr Lutfi agar pihak Badan Pencegah Rasuah bertindak menyiasat dan mengheret Khir Toyo ke mahkamah nampaknya menghadapi jalan buntu.Walaupun banyak maklumat yang diperolehi BPR setelah membuat beberapa pertemuan dengan mereka yang terlibat dalam skandal rasuah Khir Toyo, namun bahan bukti yang diperolehi BPR itu hanya akan dijadikan sebagai bahan mengugut Khir Toyo.
Terdapat pegawai bawahan BPR telah cuba mendapatkan projek dari Khir Toyo. Khir Toyo bersetuju memberikan projek dengan syarat pihak BPR memberikan kepadanya senarai nama-nama musuh politik Khir Toyo dan senarai ahli Umno yang membocorkan rahsia kerajaan negeri. Khir Toyo sekarang senang hati setelah mendapat nama lapan orang musuh politik paling utama diSelangor.
3. NOH OMAR, SETIAUSAHA PARLIMEN BELI 3 RUMAH MEWAH
Orang-orang Khir Toyo sekarang sedang sibuk menceritakan bahawa Noh Omar, timbalan ketua Umno Tanjong Karang telah membeli tiga buah rumah mewah sekitar KL dengan harga melebihi satu juta ringgit. Khir Toyo sangat marah kepada Sdr. Lutfi sebab Sdr. Lutfi tidak membongkar kes Noh Omar. Mana Noh Omar dapat wang sebanyak itu untuk membeli rumah mewah? tanya orang Khir Toyo.
Orang-orang Khir juga sangat mencurigai Noh Omar sebagai salah seorang yang memberikan maklumat skandal rasuah Khir kepada Sdr. Lutfi.
Demikian juga sebaliknya, Noh Omar juga mencurigai gerakan Khir Toyo untuk menyingkirkan Noh Omar pada pilihan raya akan datang. Noh Omar selalu menghantar hantu rayanya, Cikgu Mat Jeli Ke***g, dari SMK Seri
Desa Tg. Karang untuk mengintip program Khir di Tg. Karang.
4. KHIR TOYO: THE 20 MILLION DOLLAR MB
Musuh Khir Toyo terutama ahli-ahli Umno telah menggelarkan Khir Toyo sebagai “The 20 million dollar MB”. Mana-mana projek besar yang dilaksanakan di Selangor, Khir Toyo akan minta wang 'ufti'. Sudah menjadi rahsia umum bahawa Khir Toyo telah meminta masing-masing
sebanyak RM20 juta seperti jalan Sekincan (kos projek RM92.5 juta dari Meram Holding), jalan di Sg. Panjang (kos projek RM32.5 juta ,dari Mata Seng dan Aziz Desa), jalan di Sabak Bernam (RM40 juta dari Dato’ Aini Taib), dan paip air (RM87 juta dari LBH Engineering).
Mana-mana pojek kecil pula Khir Toyo akan meminta sekurang-kurangnya 20 peratus daripada kontraktor untuknya dan kroni.