Oleh :
REFORMIS
Saya nak komen pasal Harakah...
1. FIKRAH
i. Terlalu basi dan semacam tangkap muat sahaja..
editornya mungkin pemalas, tak buat research, atau
pun dah tak relevan lagi untuk bekerja dalam keadaan
dunia politik zaman mahazalim. Contohnya sudah dua
keluaran dimuatkan dengan isu Indera Kayangan - orang
yg kenapa pukul, yg lebih baik disiarkan dan ikut
perkembagan semasa spt isu dosa/pahala undi PAS,
negara islam, muslimat jadi YB, Anwar trial, Tudung -
Singapura dan lain2 lagi yg lebiH semasa dari isu
Indera Kayangan. Ramai yg saya temui rasa bosan dengan
kandungan fikrah dan setengah dari mereka menyatakan
"FIKRAH YG TAK BERFIKRAH" (sungguh malu)
ii. Mungkin Ketua Pengarang dan Pengarang (yg
disiarkan dlm harakah lepas) tidak sedar perkara ini
berlaku atau kedua2 org ini tidak layak berada di
tempatnya sekarang.... dan nampaknya selepas kedua2
ini dinaikan pangkat, harakah tidak mengalami apa2
berubahan malah semakin teruk isi kandungannya.
2. Muka depan/belakang
Pemilihan tajuk kadang2 keterlaluan seperti keluaran
BIL 1206 : Waran tangkap Augustine Paul, seolah2 hakim
hacks itu dah kena tangkap,
3. IKLAN
tolong check dulu iklan tu sebelum disiarkan...cth BIL
1209 (TERBARU) m/s 24 colum 37: "Mencari Jodoh: gadis
29 tahun berpendidikan agama mencari pasangan BERIMAN,
bekerja tetap". 019 - 1234567 (Imah)
BERIMAN - sapa yg sanggup mengaku dia yg beriman dan
macam mana pula kalau seseorang telefon Imah dan
menyatakan dia beriman, camna Imah nak sahkan?
Jangan terlalu banyak iklan...nanti orang cop harakah
ni bukan lagi nak berjuang tapi nak cari duit sampai
iklan nak besarkan anu pun boleh keluar.
komen saya ini adalah untuk menyedarkan pihak harakah
dan bukan niat saya untuk memalu atau menghina. saya
amat menghargai jika pihak tuan mengambil tindakan
atau membuat reformasi dalaman secepat mungkin kerana
pilihanraya umum semakin hampir. Cuma Harakahlah
tempat bagi saya dan pejuang2 mengharapkan sumber
maklumat yang terkini dan yang terbaik.
Ingatlah "HARAKAH ITU MILIK SEMUA PEJUANG2 ISLAM,
BUKAN MILIK MUTLAK PAS"