Kakitangan Penerangan Umno Meradang Bila Azhar, Kuntakinte dan Tepak si Paparazi di KMU Dapat Sikit Duit Rasuah Khir, RM60,000 Sebulan

Oleh : PAK TEH

Bila geng penjilat Khir Toyo dalam KMU mendakwa mereka buat kerja tanpa dapat apa-apa rasuah daripada pemimpin Umno, ramai kawan-kawan aku ketawa terbahak-bahak.

Kalau nak tahu, inilah perangai budak-budak Umno yang kemaruk dengan duit rasuah pemimpin mereka. Kalau mereka riuh-rendah kata mereka buat kerja ikhlas, tanpa dapat habuan, itu maknanya mereka dapat habuan besarlah tu.

Tuan-tuan percaya ada budak-budak Umno yang siang malam menjilat Khir dan perasuah lain ni tak dapat upah? Ha ha ha ha ha

Sebab itu Tepak Bersulam si paparazi yang dulu cari makan dengan terbit majalah lucah gelabah sekarang. Budak-budak lain yang kerja dengan Umno-online dah tahu perangai buruk pengendali laman KMU. Azhar dan kuntakinte dan Tepak si paparazi sapu duit rasuah Khir RM60,000 tiap bulan, itu belum kira banyak banyak mereka tuntut dengan Khir bila cetak Memo17. Cetak harga lain, tapi lebih mahal ialah kos untuk mereka edar termasuk di masjid-masjid, sekolah, pejabat kerajaan dan pos kepada orang-orang tertentu.

Si Paparazi Tepak yang sentiasa tak cukup makan hingga terpaksa cetak majalah lucah tu sekarang mula nak tuntut lebih banyak duit rasuah Khir. Dia cuba tunjukkan Lutfi dan Dr Hassan takut dengan Memo17, maknanya Memo17 itu berkesan dan perlu diterbitkan siri Memo lain lagi. Tujuannya supaya dapat lebih banyak duit daripada perasuah Khir.

Khir pula ibarat orang nak kelemasan, apa pun akan dicapainya, termasuk pertolongan daripada Paparazi ni. Khir tak tahu geng KMU ni hanya berminat dengan duit rasuah dia. Yalah, duit rasuah beratus juta tu, setakat bagi RM60,000 sebulan, Khir tak kisah. Duit dari Pua Kim An, Pua Kim Seng, LBH Engineering dan Datuk Aidit dan Karim Mansor yang simpan banyak duit jualan tanah hasil penama Khir sudah lebih dari cukup untuk tampung segala kegiatan buruk dan keji si paparazi Tepak Bersulam tu. Lagi pun taukeh Puncak Niaga, Rozali Ismail, yang sebenarnya mendapat tanah 400 ekar tanah di Bukit Cherakah pun boleh derma dua tiga juga untuk print bahan-bahan fitnah lain.

Aku kesian juga tengok kawan-kawan dekat pejabat penerangan Umno. Mereka hanya boleh telan air liur tngok geng KMU sapu duit berpuluh ribu. Apa nak buat, sudahlah kena marah dengan TPM, orang macam Azhar, Kuntakinte dan tepak juga yang kenyang dengan duit rasuah Khir itu.



Ke atas   Balik ke Laman Utama

"DETIK DAN Al - WASILAH SUDAH MATI!
HALANG PENCABULAN KDN TERHADAP KEBEBASAN MEDIA"
PENERBITAN PEMUDA
24G, Jalan 4/21D, Medan Idaman, Gombak, 53100 Kuala Lumpur
Tel : 03-40243530 Faks : 03-4630372
lutfi_detik@hotmail.com