Tepak ... Nak Bohong Pun Biarlah Orang Percaya, Dan Janganlah Terlalu Gila Publisiti Hingga Asyik Puji Sendiri

Oleh : PAK TEH

Membaca tulisan Tepak Bersulam si paparazi yang asyik menonjolkan dirinya hebat sehingga menggerunkan Lutfi dan Hassan Ali membuatkan saya gelak sendiri.

Beginilah bagi orag yang gila publisiti. Dulu lagi saya dapat kesan si Tepak ni begitu mabuk glamour. Dia mahu tunjukkan kepada Khir bahwa dia amat diperlukan untuk lawan Lutfi. Dengan itu dia akan dianggap anak emas si perasuah Khir dan Karim Mansor. Jadi senanglah dia nak demand dapatkan duit banyak dari ratusan juta duit rasuah Khir.

Tapi tulisannya yang terakhir sudah terlalu menjolok mata. Kalaupun nak tunjuk hebat, bagilah orang lain tulis Tepak, bukannya kamu sendiri. Upahlah si Kuntakinte ataupun Azhar KMU sendiri, janganlah tunjuk bodoh dengan angkat diri kamu tu setinggi-tingginya, nanti jatuh sakit pula.

Tepak mendakwa Lutfi dan Hassan Ali cukup gerunkannnya sehingga mengubah strategi untuk lawan Tepak dulu, dan tangguhkan sekejap usaha nak hentam Khir. Lepas tu dia kata Hassan Ali pula janji nak bagi RM2 juta kepada Lutfi dan setengah juta sorang pada Pak Teh dan Baharudin.

Tepak, kalaulah kamu tu gila sangat publisiti, janganlah buat kerja bodoh yang tak masuk akal. Dulu kamu juga terhegah-hegeh kata Lutfi tu dapat duit beratus ribu dari Exco Kanan Selangor, sebelumnya kamu kata pemimpin PAS taja Lutfi, kemudiannya kamu dakwa Shariff Jajang sudah janji nak bagi RM2 juta pada Lutfi, lalu merepek-repeklah lagi kamu. Sekarang kata Hassan Ali pula nak bagi RM2 juta balik.

Kalaupun nak harapkan sangat duit rasuah si Khir tu carilah jalan lain, ini Khir pun dah tahu tembelang kamu, Karim Mansor tu apatah lagi. Buatlah cara profesional sikit Tepak. Kamu ni buat malukan penulis lain, lebih baik balik kepada profesion asal kamu sebagai penerbit buku-buku lucah.

Nasihat saya buat penjilat macam Tepak ni, balik rumah duduk tenag-tenang, fikir balik macam mana you nak sebat duit rasuah Khir tu. Jangan hentam keromo saja. Baca balik apa yang awak dah tulis pasal Lutfi, pasal Selatan Thailand, pasal Riverside PWTC, pasal Medan, pasal perbincangan Hassan ALi - Lutfi, dan semua pasal fitnah-fitnah lain tu. Kamu tulis besar-besar kronologi palsu yang kamu buat sendiri supaya tidak bercanggah nanti.

Benarlah apa orang kata, kalau awak penjilat Khir lapar sangat duit rasuah Khir ... kalau nak berbohong tu biarlah orang boleh peraya, paling kurang Khir Toyo yang hampir kelemasan tu. Memanglah dengan Khir yang terkapai-kapai tu, awak temberang pun dia akan dengar, mana tahu dengan temberang awak yang gila publisiti ni selamatlah sekejap Khir.

Cukuplah Tepak ... dengan segala tulisan yang hanya mahu menunjukkan awak tu hebat dan boleh jadi penyelamat Khir. Citer awak semakin berserabut macam berserabutnya fikiran awak kerana tak dapat dduit banyak daripada Khir berbanding kawan-kawan awak yang lain.

Ingat pesan saya, balik rumah, print semua yang awak dah tulis pasal Lutfi, periksa betul-betul ... ubahsuai skrip bohong awak tu, jangan sampai bercanggah antara satu sama lain.



Ke atas   Balik ke Laman Utama

"DETIK DAN Al - WASILAH SUDAH MATI!
HALANG PENCABULAN KDN TERHADAP KEBEBASAN MEDIA"
PENERBITAN PEMUDA
24G, Jalan 4/21D, Medan Idaman, Gombak, 53100 Kuala Lumpur
Tel : 03-40243530 Faks : 03-4630372
lutfi_detik@hotmail.com