Kes Bekal dan Pasang Paip Air RM83 Juta Kepada LBH Engineering Mesti Dilaporkan Kepada BPR

Oleh : PEMINAT MAJALAH DETIK

Saya membaca semula berita tentang amalan rasuah Khir Toyo, MB Selangor tetapi tidak diadukan kepada Badan Pencegah Rasuah Selangor ataupun Putrajaya.

Saya agak tidak berpuas hati mengapa kes projek memasang dan membekalkan paip air dari Semenyih ke Banting, yang hanya sejauh 37 kilometer tetapi bernilai hampir RM83 juta itu, yang diserahkan kepada LBH Engineering Sdn Bhd tidak dilaporkan kepada BPR.

Setelah membandingkan dengan kes-kes lain, saya anggap kes ini antara terbesar kerana membazirkan wang rakyat yang begitu banyak dan saya yakin Khir melalui adik iparnya ada meminta lebih RM20 juta kepada taukeh LBH Engineering itu.

Isu paip air ini tidak boleh didiamkan begitu saja hanya kerana sdr Lutfi tidak berpuas hati dengan sikap dan layanan BPR tempoh hari. Semua orang tahu bagaimana BPR dalam keadaan tertekan tetapi pegawai-pegawainya saya yakin akan menjalan kan tugas secara profesional.

Sekurang-kurangnya dalam fail pegawai BPR di Shah Alam kes ini disiasat secara rapi. Soal Mahathir akan mengambil tindakan atau tidak, bukan hal kita. Sekurang-kurangnya Lutfi sudahpun menjalankan tugasnya.

Manalah tahu bila BN jatuh di Selangor, kes-kes salahguna kuasa dan rasuah Khir ini boleh dibongkar kembali.



Ke atas   Balik ke Laman Utama

"DETIK DAN Al - WASILAH SUDAH MATI!
HALANG PENCABULAN KDN TERHADAP KEBEBASAN MEDIA"
PENERBITAN PEMUDA
24G, Jalan 4/21D, Medan Idaman, Gombak, 53100 Kuala Lumpur
Tel : 03-40243530 Faks : 03-4630372
lutfi_detik@hotmail.com