Kroni Sebenar Dr. Khir MB Selangor

Oleh : ALI HASAN

Ingin saya mengucapkan tahniah kepada Detik kerana berani memaparkan apa yang sedang berlaku di Selangor sekarang ini. Saya merasakan keberanian Saudara Lutfi perlu disanjung dan diberi sokongan sepenuhnya.

Saya juga terdetik untuk memberi maklumat terhadap kroni sebenar Menteri Besar Selangor Dr. Mohd Khir Toyo di mana kumpulan orang muda baru ini telah terbukti mendapat kekayaan dalam sekelip mata hasil 'projek segera' dan juga 'duit segera yang mereka dapat.

Di bawah ini adalah sebenarnya mereka yang rapat dengan dr.khir dan telahpun 'menang loteri dalam sekelip mata'sahaja. Mereka ini juga perlu di dedahkan kegiatan kaya segera mereka itu oleh saudara Lutfi.

Kroni Orang Muda Dr. Khir

1. Jamil Ramli

Beliau ini merupakan "fund controller" untuk Dr. Khir. Wang panas di pegang oleh beliau untuk merasuah Pemuda dan Puteri Umno Tg. Karang. Jamil ini telah mendapat habuan 10 ekar tanah di Bandar Baru Selayang yang di konsi dengan YB Zaleha Ismail.Beliau juga orang yang membawa wang semasa lawatan ke Eropah dan bertemu dengan Dr. Khir di London untuk membeli motosikal berkuasa tinggi jenis BMW bernilai RM250,000.

2. Jasman Setiausaha Pemuda Tg. Karang

Orang kepercayaan Selamat Dolah, Setiusaha Sulit Dr. Khir. Telah mendapat habuan projek PKNS di Bangi bernilai RM45 juta. Beliau ini asalnya orang biasa sahaja tetapi sekarang telah hidup mewah. Dia juga adalah orang yang memegang segala wang sogokan kepada Selamat untuk disimpan.

3. Ramli Kasim

Orang kaya baru Tg. Karang. Mendapat projek JKR di Sabak Bernam bernilai RM30 juta. Beliau juga memainkan peranan mengatur pertemuan untuk dua projek jalan JKR yang dipertikaikan itu, iaitu Mata Seng, Ann dan Heng untuk berunding tentang habuan dengan Dr. Khir.

4. Saipul Bahari Dato'Saidin

Orang ini paling licik sekali kerana pura-pura tiada harta tetapi sebenarnya telah kaya raya. Baru sahaja membeli Mercedes S class bernilai RM800,000 secara tunai. Mendapat konsesi balak di Sepang seluas 300 ekar dan projek PKNS di Bandar Baru Batu Arang bernilai RM80 juta. Beliau ini anak kepada bekas Ahli Parlimen Tg. Karang.Keluarga beliau memang rapat dengan Dr. Khir sehinggakan perkahwinannya mendapat perhatian Dr. Khir.

5. Badrin Ismail

Dilantik menjadi Lembaga Pengarah PKPS semata-mata untuk menjaga kepentingan Dr. Khir dan abangnya Dato'Sumadi Ismail. Dato'Sumadi ini telah menaburkan wang kepada Khir semasa Pilihanraya 99 dahulu, dan balasannya dilantik Badrin duduk di PKPS.

Ini lah sebenarnya orang di belakang Khir yang diarahkan untuk mengumpul harta bagi pihak Khir sekiranya apa-apa berlaku kepada Dr. Khir. Pergerakan kumpulan ini sangat licik sehinggakan tidak di ketahui oleh orang UMNO Tg. Karang sendiri.

Adalah menjadi harapan saya agar Saudara menyiarkan cerita ini untuk gambaran sebenar kepada orang ramai. Bukti di atas boleh diperolehi. Tanyalah PKNS, Razani- Pengarah Hutan dan Hj. Ishak - DO Gombak yang lebih arif tentang mereka yang tersebut di atas.



Top   Home

"DETIK DAN Al - WASILAH SUDAH MATI!
HALANG PENCABULAN KDN TERHADAP KEBEBASAN MEDIA"
PENERBITAN PEMUDA
24G, Jalan 4/21D, Medan Idaman, Gombak, 53100 Kuala Lumpur
Tel : 03-40243530 Faks : 03-4630372
lutfi_detik@hotmail.com