Oleh :
UTUSAN PULAU TAWAR
MCA semakin goncang dek persengketaan di antara team A dengan team B. Terkini, rempuhan kereta di KLIA, isu pendatang tanpa izin dan rumah-rumah setinggan sengaja diperbesar-besarkan oleh team B untuk menjatuhkan imej Ling Liong Sik, Fong Chan Onn dan Ong Ka Ting. Khabarnya team B yang diketuai oleh TPM Abdullah Badawi dan Rais Yatim menyokong team B MCA secara senyap-senyap.
Pilihanraya di Ketari, Pahang, bakal menyaksikan pertembungan sengit di antara BN dengan BA.Ini kerana Pahang adalah kubu kuat team B MCA yang diketuai oleh Lim Ah Lek serta orang kanannya Chan Kong Choi.
Namu sejauh manakah kesediaan BA memberikan kerusi Ketari kepada DAP yang semakin hari makin dibenci oleh penyokong BA kerana sifat talam dua mukanya.
sama-samalah kita tunggu dan lihat.Dr Mahathir pun tengah bercuti ke Antartika dan dok seronok pekena BA khususnya PAS. Biasalah....bila dia keluar negeri jer ada je huru-hara kat Malaysia. Seolah-olah nak kasi tahu kat rakyat Malaysia betapa mereka masih memerlukan kepimpinannya dan TPM Abdullah Badawi tak mampu nak memerintah negara.