Khir ke Bali Simpan Duit Rasuahnya Yang Melimpah-Ruah Itu

Oleh : Dipetik dari FORUM GERAK REFORMASI

Rupa-rupanya patutlah tanah di Selangor dalam dua tiga hari ni tak terusik. Nak tahu pasai apa?

Sejak raya Cina Khir makan angin di Bali, nak lepas tension kes rasuahnya. Sultan pun dah bengang dengan Khir, apatah lagi bila tersebar berita SUltan dirasuahkan dek Khir sebanyak RM4 juta.

Tapi ada kawan bagitau, yang Khir agak kerap pergi luar negeri, dan sekarang ke Bali, kerana nak bawa keluar duit rasuahnya yang bertimbun-timbun tu.

Dengar kata, lepas balik dari Bali ni, Khir nak ke Jerman pula, dan nak jumpa Mahathir di sana. Tak tahulah apa pula rancangannya dgan Mahathir.

Dan rakyat Selangor tertunggu-tunggu persidangan Dewan Undangan Negeri Selangor pada 29 Mac hingga 3 April ini. Tentu lebih panas nanti sebab sampai hari ini penyata persidangan DUN Selangor yang kecoh pada 29,30, 31 Oktober dan 1 November lalu belum siap lagi.

Entah apa yang mahu disemak oleh Khir hinggakan pihak BPR pun pening kepala kerana tak dapat penyata rasmi tentang perbahasan isu rasuah Khir.




Ke atas   Balik ke Laman Utama

"DETIK DAN Al - WASILAH SUDAH MATI!
HALANG PENCABULAN KDN TERHADAP KEBEBASAN MEDIA"
PENERBITAN PEMUDA
24G, Jalan 4/21D, Medan Idaman, Gombak, 53100 Kuala Lumpur
Tel : 03-40243530 Faks : 03-4630372
lutfi_detik@hotmail.com