Oleh :
CILI API
Cili Api terpegun kerana para pemimpin tertinggi BN dan media pengampu
mereka begitu cepat sekali mengikut rentak lagu sumbang yang didendangkan
oleh Shaykh Muhammed Hisham Kabbani. Beliau diagung-agungkan sebagai
pemimpin “Islamic Supreme Council of America” (atau Majlis Tertinggi Islam
di Amerika – ISCA). Siapakah Shaykh ini dan apakah ISCA itu?
Mengikut maklumat yang diketahui, Shaykh ini lahir di Suria dan lulus
universiti dari Beirut dan Damshek. Beliau seorang tokoh dalam Tarikah
Naqshabandi, yang dipimpin oleh Shaykh Nizam, berpusat di Cyprus. Tarikat
ini terkenal mempunyai hubungan rapat dengan beberapa orang sultan dan
pembesar di Malaysia dan Brunai.
Pada tahun 1991 Shaykh Kabbani telah dihantar oleh pemimpinnya untuk membuka
pusat-pusat tarikat ini di Amerika Syarikat dan Kanada. Cili Api
dinasihatkan bahawa ISCA menggabungkan terutama sekali golongan tarikat ini
di AS, dan Shaykh ini cuma memimpin majlis ini saja. Tidak lebih dari itu.
Cili Api dapat khabar hubungan Shaykh ini dengan kebanyakan pertubuhan Islam
lain di AS tidak begitu baik. Mengikut sebuah risalah yang ditulis oleh
bekas Duta AS, John R. Mallot, Shaykh ini pernah membuat ucapan di Jabatan
Negara pada tahun 1999, menuduh konon banyak wang yang dikutip oleh
pertubuhan-pertubuhan Islam di AS digunakan untuk membeli senjata membantu
golongan militan. Beliau juga mendakwa 80 peratus daripada 2000 buah masjid
di AS adalah diselenggara oleh pertubuhan-pertubuhan ekstremis Islam.
Beberapa buah pertubuhan Islam di AS telah membantah dan mendesak supaya
Shaykh ini membuktikan tuduhan palsu beliau. Mereka meminta beliau menarik
balik tuduhazn itu. Akan tetapi sehingga sekarang beliau tidak menarik
membuktikan tuduhan atau menarik baliknya. Cili Api nampak, Shaykh ini suka
baling batu dan sembunyi tangan. Serupa macam Dolah Badwi juga. Ini bukan
cara Islam.
Kebetulan, ISNA (Islamic Society of North America atau Persatuan Islam
Amerika Utara) menyelenggara 80 peratus daripada masjid di AS. Nyata sekali
secara berselindung Shaykh itu menuduh ISNA. Kebetulan juga lagi, ISNA telah
menarik balik undangan kepada Dr M @ Cek Det untuk berucap dalam persidangan
anjuran mereka di Chicago pada tahun 2000. Kemudian pada tahun 2001, ISNA
telah mengundang Dr Wan Azizah pula untuk berucap. Sampai ke telinga Cili
Api bahawa Cek Det sangat murka kerana merasa terhina.
Sangat pelik bin ajaib sekiranya ISNA dituduh sebagai pertubuhan ekstremis.
Bak kata Malott, bukankah pertubuhan-pertubuhan Islam yang dituduh oleh
Shaykh itu telah bertemu dengan Presiden Bush? Jikalau mereka ekstremis dan
menyokong keganasan, bolehkah mereka diterima ke Rumah Putih? Lagi pula,
bukankah Presiden ISNA salah seorang pemimpin pelbagai agama yang telah
diundang untuk membaca doa dalam majlis memperingati mangsa-mangsa serangan
ganas11 September, yang diadakan di bawah riayah Presiden Bush?
Cili Api lihat Dolah Badwi telah digoreng saja oleh Shaykh ini.