Oleh :
IBNU SABAH
* Kenapa Baling Juga Menjadi Pilihan UMNO/Polis?
* Zaman Anwar Ibrahim Baling juga menjadi fokus
* Memali sudah 17 tahun lalu masih dimainkan UMNO
* AWAS!!! Rancangan Jahat UMNO/Polis Seterusnya...?
* Tindakan polis di Kg Kubang Bok, Kuala Ketil, Baling
ada suatu agenda jahat tersembunyi UMNO?
* Haram ceramah pembangkang?
* UMNO/Mahathir teramat terdesak...
* UMNO/BN sudah hilang kewarasan berpolitik
* UMNO/Mahathir bagai dikejar malaikatul maut
* Malaysia sudah jadi 'estet' bukan lagi 'state'
Terdengar berita TV 1 hingga 7, terbaca akhbar/media
penjilat dan pengampu itu tentang kejadian 'trak
polis' terbakar atau dibakar. Pembakarnya
dipertuduhkan ke atas penyokong BA itulah yang
diperhebohkan dan diteriak-teriakkan siang malam oleh
para pemimpin UMNO berkepalakan Pak Lah sekarang.
Sebab kepala 'shit' yang satu ekor itu berada kat luar
negara berpakat dengan Yahudi dan Amerika untuk
membaham dan meminum tubuh dan darah umat Islam di
Malaysia yang dicop sebagai ganas dan pengganas?.
Penulis terbayangkan kisah Memali yang diulang-ulang
tayangkan sama popularnya dengan cerita atau filem P.
Ramle Madu Tiga, Bujang Lapok, Nujum Pak Belalang dan
sebagainya itu.
Kata Datuk Khalil Yaakub yang tolol banggang itu,
tentang kes Memali yang diklip videokan dan disiar
berulang-ulang oleh RTM mak bapak mereka, konon sesuai
dengan perkembangan semasa dunia. Dari sudut mana?
Tetapi kenapa diselit-selitkan dengan cerita
kepemimpinan PAS hari ini. Apakah relevansinya dengan
dunia kes terpencil Memali pada 1985 dulu. Dan
dimain-mainkan sebegitu rupa kemudian dikait-kaitkan
dengan politik semasa PAS. Sedangkan kes sebenar
Memali itu sendiri sudah berbelas tahun belum dapat
diselesaikan di Mahkamah dibawah kerajaan yang
berpartikan UMNO/BN yang dikepalai oleh Mahathir. Maka
penyiaran secara 'klip video' itu sebenarnya mempunyai
motif politik 'jahat' UMNO/Khalil, yang nyata lagi
jelas melainkan ia satu niat politik 'jahat'
UMNO/Mahathir/Khalil/ZAM di RTM itu sahaja. Mereka
mahu mengkambinghitamkan PAS dan barisan pembangkang
yang berpayung dibawah BA.
Kenapa Baling juga menjadi pilihan UMNO/Polis. Di
zaman PM yang pertama Tuanku Abdul Rahman, Baling juga
menjadi pilihannya untuk bertemu dengan komunis, Cheng
Ping. Kes Memali juga terjadi di Baling pada tahun
1985 zaman 2M. Kisah 'kebuluran' tahun 70an dulu
Baling juga menjadi fokus para pelajar universiti yang
diketuai oleh Anwar Ibrahim. Dan yang terbaru malam 10
Februari, 2002 ialah kejadian trak polis dibakar
berhampiran dengan kawasan ceramah PAS yang dihadiri
oleh MB Kelantan, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat,
Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Azizan Abdul Razak,
Sdra Mahfuz Omar Ketua Pemuda PAS dan Timbalan Ketua
Pemuda KeADILan, Sdra Saifuddin Nasution.
Setelah membaca dan menilai berita-berita yang
dihebohkan oleh media pengampu dan penjilat RTM, TV 3,
Utusan Malaysia, Berita Harian dan sekutu-kutunya.
Kemudian membaca serta menilai kenyataan, juga ulasan
para pemimpin BA dan media yang pro BA dalam internet.
Nampak benar perbezaan itu. Media pengampu/penjilat
UMNO/BN 100% mereka lebih dengan agenda politik
murahan dan jahat para pemimpin UMNO. Besarnya agenda
mereka ialah mahu meletakkan bahawa PAS dan Nik Aziz
yang menjadi Mursyidul Am itu adalah kumpulan ganas.
Itulah gambaran 'perut busuk' UMNO dan para pemimpin
mereka yang jahat. Mereka perkudakan polis. Polis
sahaja menjadi tempat pergantungan kuasa dan pengaruh
politik mereka.
Baling Yang Istimewa
Penulis yang pernah belajar beberapa tahun di Kedah
pada tahun 70an dulu sudah mendapat sedikit gambaran
'istimewa'nya daerah bernama Baling itu. Teringat lagi
penulis ada kawan-kawan sambil joking, kata mereka
ayam di Baling tak makan padi yang dijemur. Tambah
penulis, orang di Baling juga tidak mencuri. Terbayang
pada fikiran kami betapa istimewa dan barakahnya bumi
Baling.
Apa sebenarnya yang mengistimewakan bumi Baling dari
daerah-daerah lain di Kedah. Baling ada cerita tentang
komunisnya, ada cerita sejarah kebulurannya, sejarah
Memali yang melahirkan 'syuhada', Baling dengan
sekolah-sekolah pondok atau sekolah agamanya, Baling
dengan ramainya tokoh agama, bertaraf ulama dan
cendikiawan yang dilahirkan di Baling dan pelbagai
lagi keistimewaan itu yang tidak mungkin dapat penulis
catatkan satu persatu, kecuali dengan membuat satu
kajian terperinci dan tesis khusus tentang Baling di
Kedah.
Kes Kuala Ketil Di Baling Seperti Episod Ulangan?
Anda tentu masih ingat kejadian Memali 17 tahun yang
lalu. Datuk Musa Hitam adalah Menteri Dalam Negeri
yang menguasai polis waktu itu dan Mahathir berada
diluar negeri. Rakyat, penganalisis dan penulis
politik sudah boleh membaca dan meramal sesuatu
kejadian. Apabila Mahathir keluar negara dalam tempoh
lama, awas! akan terjadilah suatu yang buruk di
Malaysia yang akan menguntungkan diri, politiknya dan
juga parti yang diketuainya. Tetapi bencana kerosakan
kepada rakyat, negara dan parti-parti yang
dimusuhinya.
Provokasi yang disusun atur sebegitu rupa di Kg Kubang
Bok, Kuala Ketil pada 10 Februari lalu. Kebetulan
majlis itu dihadiri oleh MB Kelantan selaku tetamu
kehormat di Kg Kubang Bok. Tetapi pihak polis tidak
lagi menilai, apa lagi untuk melihat siapa yang hadiri
majlis seumpama itu. Betulkah ada kejadian keganasan
yang dibuat oleh penganjur dalam ceramah politik
tersebut. Betulkah Tuan Guru Nik Abdul Aziz mengajar
penyokong PAS supaya bertindak ganas ke atas polis,
merosakkan harta benda kerajaan dan apa-apa tindakan
yang melanggar undang-undang.
Kita dapat meneka bahawa polis Malaysia hari ini lebih
banyak bertindak mengikut telunjuk para pemimpin
UMNO/BN. Ceramah 'haram' siapa yang buat fatwa ini,
kalau bukan orang-orang politik berjiwa 'pengecut'
seperti para pemimpin UMNO/BN. Kenapa polis Malaysia
yang kebanyakan mereka adalah golongan terpelajar dan
lebih cerdik daripada para pemimpin UMNO/BN yang
rata-ratanya tolol dan bahlul itu, boleh dan sanggup
tunduk patuh kepada arahan politik sempit mereka.
Dalam sebuah negara yang mengamalkan sistem demokrasi
dan Perlembagaan Negara yang menghalalkan seluruh
rakyatnya bersuara dan bebas melakukan aktiviti atau
program-program politik yang dibenarkan oleh
undang-undang, tiba-tiba DIHARAMKAN. Haram dari segi
mana. Kenapa pengharaman 'ceramah', pengedaran media
pembangkang menjadi 'haram' dan terlarang atau
diperketatkan. Sebaliknya, parti pemerintah yang
dikuasai UMNO/BN dikebanyakan negeri bebas berbuat apa
saja yang mereka mahu. Dengan polis menjadi 'taming
sari' mereka. Maknanya polis hanya semata-mata
bertugas menjaga individu-individu tertentu atau
penguasa yang takut kehilangan kuasa politik. Dalam
waktu sama, polis akan bertindak ganas terhadap rakyat
yang bersuara untuk mengkritik penguasa yang tidak
memperdulikan nasib rakyat terbanyak.
Apakah polis Malaysia yang ada hari ini adalah polis
kepada parti politik, UMNO/BN sahaja. Dan jutaan
rakyat yang lain serta para pemimpin pembangkang, yang
tidak menyokong UMNO/BN adalah musuh polis.
Awas!!! Perancangan 'Politik' Lebih Jahat UMNO/BN?
Kejadian di Kuala Ketil, Baling adalah mukaddimah
perancangan 'politik' jahat UMNO seterusnya bagi
memburuk-burukkan PAS dan kepimpinan PAS selama ini.
UMNO/Mahathir/Pak Lah dengan memperkudakan polis
Malaysia akan memperbuat apa saja untuk melumurkan
segala keburukan, kejahatan dan keganasan ke atas
WAJAH INDAH PAS DAN KEPIMPINAN ULAMA PAS dibawah tiga
serangkai pemimpin ulama utama PAS Tuan Guru Nik Abdul
Aziz Nik Mat, Ustaz Fadzil Nor dan Tuan Guru Haji
Abdul Hadi Awang.
Tiga watak, tiga wajah dan tiga keperibadian
kepimpinan milik PAS dan BA yang ada hari ini adalah
antara wajah tokoh yang bakal mewarnai politik
Malaysia abad ini. Apatah lagi mereka ini diperkuatkan
lagi dengan wajah dan watak kepimpinan BA yang lain.
Terutamanya DS Anwar Ibrahim, Dr Wan Azizah, Dr Syed
Husin Ali, Ustaz Harun Taib, Dr Hassan Ali, Hassan
Shukri, Mustafa Ali, Ustaz Nasaruddin, Mahfuz Omar dan
ramai lagi. Wajah dan watak mereka inilah yang
menakutkan dan mengerunkan UMNO/BN dan para pemimpin
UMNO.
Kerana itu, UMNO mahu mereka yang boleh menghalang
pengaruh UMNO/BN, pengaruh Mahathir dan Pak Lah mesti
disekat dengan apa jua cara. Sudah banyak cara mereka
pergunakan untuk menghitamkan PAS, Nik Aziz, Fadzil
Nor dan Haji Hadi. Tapi Tuan Guru Nik Azizlah paling
mereka takuti. Penangkapan anak Nik Aziz, Ustaz Nik
Adli adalah antara perancangan beracun UMNO dan
pembakaran trak polis di Kuala Ketil itu juga
satu-satu lagi rancangan jahat UMNO untuk menghitamkan
nama Tuan Guru Nik Aziz.
Kepada para pemimpin, penyokong dan pendokong PAS
serta BA disemua peringkat supaya lebih berwaspada
dengan provokasi UMNO melalui kuda tunggangan mereka
'polis'.
Nabi SAW pernah mengingatkan umat Islam sejak dulu
lagi tentang siapa yang paling besar dan berat
ujiannya dalam hidup mereka. Saad bin Abi Waqqas r.a.
berkata: Aku bertanya kepada Rasulullah SAW, Ya
Rasulullah! siapakah orang yang paling berat ujian dan
cubaannya? Maka jawab Rasulullah SAW: Para nabi,
kemudian mereka yang meyerupai mereka dan mereka yang
menyerupai mereka itu. Seseorang akan diuji (dicuba)
menurut kadar (kuat atau tidak) agamanya. Maka jika
agamanya tipis atau lemah dia akan diuji sesuai dengan
itu (ringan), bila iman atau agamanya kuat, dia akan
dicuba sesuai dengan itu (berat sedikit). Seorang itu
akan diuji dan dicuba terus-menerus sehingga dia
berjalan di muka bumi (ini) bersih dari dosa-dosa".
(HR Bukhari).
Sejak dari zaman Nabi SAW, para sahabat dan zaman
tabi'in lagi gambaran ujian dan tribulasi yang
ditempuh oleh para pejuang Islam tidak pernah surut
dari ujian dan cubaan besar. Dengan ugutan, pujuk
rayu, penjara, tali gantung, serangan hendap dan
sehingga ke peringkat diluar akal kita. Musuh Islam,
golongan anti Islam, sekutu-kutunya dan
talibarut-talibarutnya tidak akan berhenti untuk
menentang Islam yang membawa erti dan nilai kebenaran
dan keadilan di tengah-tengah manusia yang terkeliru
dan disesatkan di mana-mana muka bumi sama ada di
barat, timur, utara dan juga di selatan.
Di Malaysia, UMNO seperti talibarut musuh Islam yang
berpusat di Amerika. Hari-hari melontarkan kata-kata
jahat dan bermuslihat kepada kelompok umat Islam.
Seolah-olahnya UMNO/BN mengiakan apa saja kata Amerika
dan sekutunya tentang pengganas. Yahudi yang lebih
ganas dari pengganas di Palestin tidak pula dicop
sebagai pengganas. Umat Islam yang mahu mengamalkan
sedikit kebebasan bersuara secara halal mengikut
amalan dan lunas demokrasi disekat dengan pelbagai
cara cukup TIDAK DEMOKRATIK! ceramah pembangkang
haram, perhimpunan parti pembangkang haram, sebar
risalah haram, jual akhbar BA haram dan kritik/bongkar
penyelewengan dan salahguna kuasa para pemimpin
UMNO/BN haram atau akan diambil tindakan OSA dll. Jadi
apa lagi yang boleh rakyat Malaysia yang tidak minat
dengan UMNO/BN boleh lakukan semua haram dan
diharamkan. Dilarang, disekat, dirampas, disembur asid
dan dikepung. Tidak juga takut, ditangkap, diISAkan,
difitnah, dituduh bukan-bukan dan akhirnya tidak
mustahil UMNO akan menghalalkan 'pembunuhan' pula
dengan bertopengkan kuasa polis yang sudah dirasuk
itu.
Dengan ini, para pemimpin, penyokong dan pendokong
hendaklah lebih berwaspada dan berhati-hati dengan
perancangan politik 'jahat' UMNO/Mahathir/Pak Lah. Pak
Lah hanya pak turut, dia akan lakukan apa saja untuk
menjaga tuan yang 'tua lagi nanyanyuk' itu. Pak Lah
sudah mula menjelmakan kebengisannya kepada
pembangkang dengan arahan kepada polis agar bertindak
lebih keras kepada rakyat yang berhimpun.
Malaysia Sudah Macam 'Estet' Bukan Lagi 'State'
Kenyataan dan ulasan Tuan Guru Nik Aziz tentang negara
ini, seperti sebuah estet yang dikuasai oleh tuan
estet adalah amat tepat sekali dengan situasi yang ada
sekarang. Bukan lagi sebuah negara yang mengamalkan
undang-undang dan semangat demokrasi seperti yang
termaktub dalam Perlembagaan Negara. Segala macam
amalan yang dibenarkan oleh Perlembagaan Negara dan
dibolehkan oleh amalan demokrasi benar-benar mahu
ditutup serapat-rapatnya kepada rakyat negara ini.
Suara rakyat dalam sebuah negara yang berPerlembagaan
dan mengamalkan demokrasi yang berbau kritikan,
teguran dan sanggahan kepada segala macam bentuk
penyelewengan, salahguna kuasa, rasuah dan sebagainya
yang dilakukan oleh para penguasa dianggap anti
kerajaan atau anti tuan estet.
Kalau benar UMNO/BN sebagai parti kerajaan yang kuat
dan berpengaruh. Kenapa mahu mereka sekat kebebasan
rakyat, tutup mulut rakyat dan takutkan suara rakyat.
UMNO/BN sudah memiliki segala macam bentuk jentera
kerajaan yang boleh mereka perkudakan dan perhambakan
untuk kepentingan politik dan peribadi pemimpin.
Kenapa tidak berani beri peluang dan kebebasan rakyat
dan pembangkang menyuarakan hak mereka sebagai rakyat
yang merdeka, bebas dan berdaulat dalam negara
Malaysia yang merdeka lagi berdaulat ini. Sehingga
akhirnya mereka menjadi golongan 'penguasa' yang
pengecut lagi takut menghadapi kenyataan lalu negara
ini dijadikan sebuah 'estet' yang akan dikontrol oleh
tuan estet.
Mudahnya dan lebih mudah dari mengurus sekolah tadika
yang ditakuti oleh Mahathir dan UMNO. Mahu kekal
berkuasa sampai kiamat, mahu rakyat Malaysia sokong
UMNO sampai kiamat dan Mahathir terus jadi Presiden
UMNO dan PM sampai kiamat. Gubal undang-undang baru
catatkan satu persatu kemahuan UMNO dan Mahathir serta
kroni-kroninya dalam Perlembagaan Malaysia yang baru
itu. Kemudian statuskan Malaysia adalah sebuah 'ESTET'
yang hanya dikuasai oleh Mahathir and UMNO's SDN BHD.
Orang lain tidak boleh cakap apa lagi tentang
demokrasi, politik, undang-undang dan apa jua. Kerana
telah didoktrinkan amalan/budaya 'estet' sendirian
berhad.
UMNO, Mahathir Dan Pak Lah Seperti Dikejar 'Malaikat
Maut'
Gambaran itu sudah ada. Bagaimana seorang yang sudah
hampir maut atau nazak. Tentu keadaannya sudah tidak
stabil, apalagi hidupnya dikelilingi dosa dan
orang-orang yang berdosa siang malam berfikir macam
mana mahu kaya, rompak wang rakyat, macam mana songlap
balak, buat maksiat, rasuah, judi dan segala macam
mungkar menjadi amalan kebiasaan yang tidak boleh
tidak.
Itulah gambaran UMNO, Mahathir dan Pak Lah Badwi
sekarang. Gelisah, resah dan gundah gulana menghadapi
suara-suara rakyat. Padahal, mereka duduk di istana
kebal yang dikawal rapi. Tiba-tiba mereka resah dan
gelisah rakyat di ulu, desa dan kampung mendengar
ceramah Tuan Guru Nik Aziz di Kuala Ketil, Baling satu
kawasan boleh dikatakan terpencil, tapi istimewa.
Apa yang Mahathir dan Pak Lah Badwi gelisahkan.
Pemimpin pembangkang ceramah dikampung-kampung bagi
menjelaskan kebenaran dan keadilan yang sebenarnya.
Bukan kebenaran dan erti keadilan yang
disamar-samarkan oleh UMNO/BN selama ini. Pemimpin
pembangkang BA/PAS/KeADILan/PRM tidak pernahpun
menyalurkan ucapan ceramah mereka masuk ke dalam
istana atau mahligai Mahathir dan Pak Lah di
Putrajaya. Malah mikropon dan pembesar pun tidak
pernah dihalakan ke kawasan mahligai mereka yang
dikawal rapi oleh polis-polis peribadi mereka. Tidak
juga suara dan pembesar suara itu ditujukan ke
mana-mana rumah menteri tertinggi UMNO/BN selama ini.
Kenapa tiba-tiba UMNO/BN dan para pemimpinnya dok
gelisah dan tak senang duduk dikerusi kuasa empok
mereka selama ini. Apa mereka takut kehilangan kerusi
kuasa 'politik' itu. Apa mereka takut kehilangan
segala harta kekayaan yang mereka kumpulan selama ini
secara haram dan merompak harta rakyat dengan
berlesenkan 'kuasa'. Itulah namanya salahguna kuasa
oleh para pemimpin UMNO/BN mengkayakan diri, anak
bini, keluarga, ipar duai, kroni dan rakan. Rakyat
mendapat cuma hampas-hampas dan daki-daki yang tidak
berguna lagi.
Walau macam mana takutnya Mahathir, Pak Lah dan para
pemimpin UMNO/BN kehilangan kuasa, kehilangan
kemewahan hidup dan kehilangan pangkat besar, nama
dipuja dan kedudukan atau pengaruh. Ketakutan itu
ibarat 'malaikat maut' yang selalu mengejar
orang-orang yang ketakutan. Akhirnya, Mahathir, Pak
Lah Badwi dan kroni-kroni bersama suku sakat anak bini
mereka akan mati dalam ketakutan.
Jadi sebelum masa 'kematian' atau 'kehilangan' segala
yang mereka takuti hilang itu. Maka tindakan dan
kerja-kerja 'politik' mereka sudah tidak tentu arah.
Sebagaimana seorang yang hampir menghadapi maut atau
dikejar malaikat maut, menjadi tidak tenteram.
Terkadang marah menggila, terkadang membuat diluar
kebiasaan, bertindak tanpa kewarasan dan lebih banyak
menggila. Itulah gambaran yang dihadapi Pak Lah
sekarang. Dia lebih takut kalau Mahathir balik dengan
segala titah perintah Mahathir tidak dilaksana dengan
jaya olehnya. Gila Mahathir lebih dahsyat sebagaimana
cerita Atarturk yang hendak mati dan nazak...marah
Mahathir si tua nyanyuk itu lebih dahsyat, lihat saja
marahnya terhadap Musa Hitam dulu, Tengku Razaliegh,
Anwar Ibrahim dan Tun Daim. Dari empat orang yang
pernah menerima 'tekanan' kemarahan Mahathir itu hanya
seorang yang layak bergelar WIRA iaitu DS Anwar
Ibrahim. Sekalipun dipenjarakan. Tapi Anwar tetap
dinobat sebagai seorang WIRA didepan penguasa jahat
lagi zalim.
Apa akan terjadi yang bakal menimpa UMNO, Mahathir dan
Pak Lah Badwi selepas ini. Selamanya mereka terus
gelisah, resah dan ketakutan yang tiada bandingannya
lagi, apabila 'jiwa takut' itu bersarang dalam diri
mereka. Panggillah seribu jeneral polis yang mengawal
disekeliling mereka dan mengawal mahligai kebal mereka
di Putrajaya itu mereka tetap diselubungi 'ketakutan'
dan 'kehilangan...' pengaruh, pangkat, harta, kuasa,
kemewahan, nama dan sanjungan para penjilatnya.
Sebagaimana seorang raja hebat dan perkasa seperti
Fir'aun akhirnya binasa dan dikejar 'malaikat maut'
hatta dalam istana besar dan kebalnya maut pasti
datang. Begitulah hayat UMNO, Mahathir, Pak Lah juga
akan berakhir.
Ibn Sabah,
15.2.2002M.