Penjilat Khir Tidak Kisah Apa Yang Akan Didedahkan, Asalkan Dapat Juga Lelehan Duit Rasuah Toyo

Oleh : PAK TEH

Meneliti pendedahan web master Tranungkite tentang pergolakan dalaman Kelab Maya Umno khususnya antara penjilat Khir Toyo yang kini menghadapi lebih 10 tuduhan rasuah, saya rasa ini hanyalah episod awal yang cukup menjijikkan.

Penjilat Khir terutama Tepak Bersulam (Khazai Haji ABu Bakar), Kuntakinte, Azhar akan sanggup melakukan apa saja asalkan dapat merasa sedikit lelehan wang rasuah Khir yang cukup banyak dan lumayan itu. Mereka sanggup terhegeh-hegeh cuba mempertahankan rasuah Khir walaupun alasan yang dikemukakan terlalu rapuh dan saling bertentangan anara satu sama lain. Pelbagai konspirasi direka, hanya untuk memenuhi kehendak dan nafsu buas Khir bagi membolehkannya merombak Exco Selangor dan menyingkirkan tiga orang Exco Kanan yang dikatakan memberikan maklumat kepada Lutfi.

Kalau adapun daleh yang dibawa ia tidak lebih seperti usaha menegakkan benang yang basah, dan jika tidak mereka bersungguh-sungguh mahu memalingkan perhatian rakyat daripada melihat isu sebenar iaitu salahlaku dan penyelewengan MB termuda dari Umno. Jelas sekali, apa yang berlaku kepada Khir menunjukkan, siapa saja yang menjadi MB Selangor, baik muda spt Khir Toyo ataupun berpengalaman seperti ABu Hassan, semuanya akan terjebak dengan perangkap rasuah yang menjijikkan itu.

Apa yang berlaku antara Tepak Bersulam dan kawan-kawannya yang lain alam KMU ibarat sang serigala yang bersama-sama cuba membunuh kambing tetapi akhirnya bercakaran sesama sendiri selepas kambing berjaya dibunuh. Perompak akan bergaduh perihal bagaimana mahu mengagih-agihkan hasil rompakan selepas wang rasuah Khir Toyo berjaya juga "dicuri".

Adegan seumpama ini adalah perkara biasa dalam Umno terutama yang terjadai kepada anak-anak mudanya. Niat mereka bila masuk Umno hanya satu: mahu mengaut keuntungan sebanyak mungkin, tidak kira ia dari punca haram seperti duit rasuah Khir Toyo. Dalam Umno tidak ada makna dan nilai sebuah perjuangan, semuanya kerana duit, wang dan money!

Setakat ini saya lihat Tepak tidak berani lagi menafikan bahawa email yang dihantarkannya kepada Trabungkite adalah email palsu. Seperti dalam kes dakwaan rasuah Khir Toyo, Tepak bagai burungkakak tua hanya mengulangi: "itu semua adalah fitnah belaka." Meskipun macam-macam bukti dikemukakan tentang perilaku rasuah Toyo, yang mampu disanggah hanyalah ungkapan, itu semua adalah fitnah belaka akibat perasaan dengki dengan kejayaan Khir.

Inilah perangai anak muda Melayu-Islam yang akan merosakkan bangsa sendiri. Setiap apa yang mereka lakukan, mereka hanya memikirkan soal kebendaan dan wang serta harta dunia yang tidak kekal ini. Mereka boleh bergaduh sesama sendiri jika hasrat hati tidak tercapai. Dan orang seperti Tepak, ia tidak malu-malu mencari gambar-gambar Khir untuk dipaparkan dalam lamanwebnya kerana itu semua akan menghasilkan pulangan lumayan.

Oleh kerana termimpi-mimpi dengan duit rasuah Khir itu maka mereka pun menuduh Lutfi juga berfikiran seperti mereka. Dituduhnya Lutfi akan dapat RM2 juta jika dapat jatuhkan Khir oleh Hassan Ali pula (banyaknya duit Hassan Ali!), sednagkan sebelumnya dituduh Lutfi akan mendapat habuan daripada Mr Green, juga RM2 juta jika dapat jatuhkan Khir sebelum raya puasa dulu.

Maka Tepak tidak segan silu menipu ada bukti pertemuan Khir dengan Mr Green di Riverside, dan lagi gterbaru didakwanya lagi ada bukti perbualan Lutfi dengan Hassan Ali. Masya Allah tidak ku sangka begitu busuk hati penjilat Khir ini hanya untuk mendapat duit rasuah MB Selangor itu sehingga sanggup melakukan pembohongan dan pendustaan. Apalah sangat yang akan diperolehi oleh orang sehina Tepak dengan melakukan pelbagai pembohongan dan fitnah yang direka-reka ini. Sampai mati pun, percayalah, segala bukti yang didakwa tepak itu tidak akan dapat dikemukakan.

Meneliti tulisan Tepak, ia terbukti datang dari orang yang langsung tidak ada adab dalam penulisan, tungging terbalik bahasanya, yang mahu dikejarnya hanyalah wang rasuah Khir itu. Kepada Tepak, belajarlah dulu menulis dengan baik, janganlah terlalu ghairah mencari daki-daki dunia apatah lagi jika ia bersumberkan wang rasuah, dan jangan pula kamu tu perasan bahawa kamu tu hebat hanya kerana ada tulisan yang memberi respons kepada segala pembohongan dan fitnah kamu itu.

Tapi, kamu tentu akan sukahati melihat tulisan yang akan memfokuskan kepada perangai buruk kamu ini kerana kelak kamu boleh mendakwa kepada Khir: "Tengok Datuk Seri, mereka sudah melupakan Datuk Seri, mereka sedang berusaha menyerang saya pula. Maka selamatlah Datuk Seri daripada menjadi perhatian umum lagi. maka rakyat tidak akan berbincang soal rasuah datuk Seri lagi."

Inilah akibatnya apabila berhubung dengan orang yang bebal dan hina macam Tepak. Dia rela dikatakan apa saja, asalkan akhirnya dapat juga duit rasuah Khir Toyo. Itulah matlamat akhirnya, walau apa pun dikatakan orang dia tak kisah, yang dipentingkannya hanyalah duit, wang dan money.




Ke atas   Balik ke Laman Utama

"DETIK DAN Al - WASILAH SUDAH MATI!
HALANG PENCABULAN KDN TERHADAP KEBEBASAN MEDIA"
PENERBITAN PEMUDA
24G, Jalan 4/21D, Medan Idaman, Gombak, 53100 Kuala Lumpur
Tel : 03-40243530 Faks : 03-4630372
lutfi_detik@hotmail.com