Oleh :
PENULIS KHAS
Seolah-olah kita sudah angkat bendera putih, seolah-olah kita habis lumpuh
seluruh anggota kita… dan seolah-olah kita sudah hampir mati. Apabila mulut kita
disumbat dengan pelbagai akta ubat pembuat bisu (Akta OSA, Hasutan, Penerbitan,
AUKU, AKUJANJI (Engkau tak!) dsb, apabila tangan kita diikat kebelakang oleh
pihak berkuasa atas arahan KERAjaan dan apabila kedua belah kaki kita dipasung
dengan DEMOkerasi acuan mereka.
Puas hatikah kita apabila hanya dibenarkan untuk menggunakan mata kita hanya
untuk melihat cerita-cerita TV basi olahan mereka ?, puas hatikah kita jika
hanya dibenarkan untuk menggunakan telinga kita sendiri pada hanya untuk
mendengar suara-suara lunak dan ancaman daripada mereka sahaja ? Jika tidak
kenapa masih mendiamkan diri ? Ayuh teman-teman sekalian, ALLAH mengurniakan
kita akal fikiran untuk terus kita gunakan sebaik mungkin. Kemungkaran harus
kita gantikan dengan kebenaran…
Bila ceramah tidak boleh, terbit media yang bebas tidak boleh, ceramah agama
tidak boleh, guna TV Radio apatah lagi… adakah ini bererti kita sudah kalah.
TIDAK SEKALI ! Janganlah lemah semangat wahai teman-teman seperjuangan atau
janganlah sekadar melihat sejarah yang akan berlaku ini begitu sahaja,
libatkanlah diri dalam pembikinan sejarah ini …
Ayuh teman-teman seperjuangan sekalian, banyak lagi cara lain untuk kita terus
'jaringkan' reformasi ini selain dari cara-cara di atas yang telah di tutup
rapat. Contohnya :-
1. Setiap pejuang sudah tentu ada sekurang-kurangnya 3 orang rakan yang 'di
atas pagar'. Belanja mereka makan selalu, sponsor belikan HARAKAH, MEMO (Asli)
atau akhbar alternative lain setiap keluaran. Kenalkan kepada mereka
sedikit-demi sedikit akan perjuangan kita dan terangkan mengapa kita perlu
menukar kerajaan sedia ada kepada yang lebih baik. Buatlah semampu mungkin.
Ataupun kita cari orang yang kita tidak kenali tetapi kita pasti ia atas pagar.
3 orang sahaja takkan tak boleh ! Kata nak menang!
2. Photostat artikel-artikel dalam mana-mana Laman Reformasi yang menarik
seagresif yang mungkin seperti yang pernah kita lakukan dulu (sewaktu awal
Laman-laman Reformasi muncul, kenapa tidak diteruskan?) Letakkan sahaja di
warung-warung kopi tempat kita minum, selitkan dirumah-rumah jiran kita
sekurang-kurangnya seminggu sekali, poskan kepada rakan-rakan dan sebagainya
lagi. Jangan hanya beberapa kali…kena istiqamah!
3. Kibarkan semula secara meriah bendera-bendera BA di tepi-tepi jalan, atas
pokok atau di rumah-rumah kita. Tunjukkan kepada mereka kita masih utuh dan
semakin bersemangat dengan segala tekanan yang kita terima. Yang dah usang kita
gantikan baru secepat mungkin. Jangan biarkan ia lapok atau koyak rabak dilihat
orang. Ingat ! itulah panji-panji perjuangan kita. Sekurang-kurangnya semangat
kita akan naik bila melihat banyak kibaran bendera BA di merata-rata tempat.
Buat seolah-olah pilihan raya sudah terlalu hampir. Pastikan ia tidak mengganggu
Majlis Perbandaran tau Daerah, orang ramai atau pengguna jalanraya.
4. Bergaul dan dekati 'orang-orang' umNO. Kalau kita nak jejaki pencuri, kita
kena berfikiran seperi pencuri. Tak payah cerita hal politik dengan mereka,
cukup selalu tanya khabar dan selalu kunjungi mereka. Insya-Allah saya yakin ada
manfaatnya.
5. Beri atau pinjamkan CD-CD, kaset-kaset, majalah, buku-buku ceramah,
reformasi yang kita ada kepada kawan-kawan kita. Kita kedekut simpan buat
koleksi takut hilang buat apa, sebab kita sudah tentu undi BA punya, insyaAllah!
Bagaimana dengan kawan-kawan kita. Ini salah satu uslub dakwah yang berkesan
iaitu guna teknologi terkini.
6. Dan BAnyak cara lain lagi…
Tidak dikatakan seseorang itu berjuang sekiranya hanya beli HARAKAH baca dan
tidur. Tengok Laman Reformasi, tersenyum puas dan tidur. Pergi ceramah, takbir
kuat-kuat balik rumah tidur. Komplen polis, kerajaan, umNO dsb bila dah penat
cakap tidur. Tak puas hati bil itu ini naik, harga barang naik, tol naik bila
balik rumah tidur…Buatlah sesuatu, sekurang-kurangnya pilih salah satu di atas
mengikut kemampuan kita.
Ayuhlah… buatlah sesuatu, jangan hanya berpeluk tubuh dan mengharapkan orang
lain melakukannya. ALLAH tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum sekiranya kaum
itu sendiri tidak mahu mengubahnya. Ingat tu!
Kata nak menang…!
Ikhlas tapi jauh,