Jom Kita Boikot KFC Sebab Naikkan Harga Ikut Suka Hati

Oleh : JAMIL AZIZ

I pun terkejut minggu lalu bila bayar di kaunter KFC bila tengok harga hampir naik 30%. Tak boleh jadi macam ni. I pun terfikir macamana KFC boleh suka-suka naikkan harga yang sungguh tinggi ini. Kalau kenaikkan harga tu bersama tambahan seketul ayam goreng ke atau menu lain tu tak pe juga. Ini macam tu juga......

Sepatutnya harga KFC ni lebih murah kerana bila permintaannya tinggi sudah semestinya KFC boleh dijual dgn kuantiti yg banyak dengan kos operasi/overhead yg lebih murah kerana masa operasi dan jumlah pekerja adalah sama je...

Hampir setiap bandar di seluruh Malaysia ada sekurang-kurangnya 1 cawangan. Cuba bayangkan berapa banyak KFC kaut untung dengan kenaikkan harga ini di seluruh Malaysia.

I rasa kerajaan harus campur tangan dan selidik mengapa KFC harus menaikkan harga sehingga 30% kepada makanan kegemaran orang ramai padahal mereka tiada masalah untuk mencari pasaran.

Mengapa memikirkan keuntungan semata-mata yang mengakibatkan pelanggan merungut dan lari mencari alternative lain seperti Mc.Donald. Akhirnya KFC sendiri yang akan rugi kerana pesaingnya kini memang sudah banyak....

Sebenarnya penggemar KFC ni ramai yang masih kanak-kanak lagi... bila harga dah naik ibu bapa tak mau masuk KFC, jadi sampai melolong-long kanak-kanak ni kat luar pintu KFC bila ibu bapanya tak mau masuk. Tak kesian ke kat budak-budak tu....ibu bapa tu juga dapat malu ...tak patut! tak patut!

Kepada netters lain marilah kita boikot KFC selama 2 bulan atau sehingga dia orang turun harga balik... Biar ayam goreng depa staff KFC je yang makan tak habis-habis.....Apa kata ANDA!




Ke atas   Balik ke Laman Utama

"DETIK DAN Al - WASILAH SUDAH MATI!
HALANG PENCABULAN KDN TERHADAP KEBEBASAN MEDIA"
PENERBITAN PEMUDA
24G, Jalan 4/21D, Medan Idaman, Gombak, 53100 Kuala Lumpur
Tel : 03-40243530 Faks : 03-4630372
lutfi_detik@hotmail.com