Oleh :
WARTAWAN DETIK
Hari raya korban mengingatkan kita tentang pengorbanan agung Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail. Mengorbankan sesuatu yang kita kasihi demi tuntutan Ilahi adalah satu ibadah yang cukup suci dan murni.
Soalnya, periksalah diri kita, apakah selama ini kita yang asyik dan rindu untuk melihat sebuah negara Islam ditegakkan - negara yang mendaulatkan hukum Tuhan, negara yang bersih dari rasuah dan salahguna kuasa -- tetapi dilihat dari kerja buat kita, ia bagaikan usaha pinggiran yang tidak pernah serius.
Kita banyak berangan2 dan kemudiannya melepaskan nafas kecewa kerana dihalang dengan pelbagai tekanan dan kezaliman. Sampai bila kita mesti duduk membilang hari sedangkan pihak musuh dengan segala kelengkapannya berusaha siang malam untuk menjahanamkan kita.
Apakah wang ringgit telah kita korbankan untuk perjuangan mulia ini? Apakah masa lapang telah kita korbankan demi perjuangan suci ini? Apakah kita sanggup menggadai nyawa hanya untuk melihat kezaliman yang bertakhta ini ditewaskan?
Hentikanlah segala keluhan dan kekecewaan itu. Kalau kita penat, mereka pun penat. Kalau kita sakit, mereka pun sakit. Tapi yakinlah, Allah akan bersama-sama kita dalam perjuangan suci ini, insya-Allah.
Dan, prasyarat utamanya ialah kita mesti berkorban, korbankan sesuatu yang kita sayangi demi perjuangan mulia ini. Allahu Akbar