Mengapa Mahathir Perlu Ambil Risiko Untuk Bebaskan Anwar

Oleh : WARTAWAN DETIKDAILY

Pelik juga sikap Mahathir dengan isu Anwar. Bila ada pencalonan Anwar untuk Hadiah Keamanan Dunia, Mahathir nampak resah dan gelisah, hingga buat komen yang bukan-bukan.

Jelas sekali Mahathir cukup takut dengan Anwar. Bekas TPM itu terus menghantui segala baki usianya walaupun dikatakan kini Mahathir berada di puncak kekuatannya.

Mahathir nampak kuat kerana beliau telah memenjarakan Anwar sejak 20 September 1998. Mahathir terus menang dalam pilihan raya 1999 kerana Anwar dipisahkan dari dunia sebenar. Mahathir dapat kacau-bilaukan pembangkang kerana faktor pemersatu, iaitu Anwar Ibrahim dizalimi begitu rupa.

Mahathir tahu, dengan keadaan pembangkang sekarang ini, tanpa Anwar sbagai faktor pemersatu, BN akan dpt memerintah sampai bila-bila. Mahathir dapat asingkan PAS dan DAP pada kutub yang bertentangan. Selagimana pembangkang, terutama PAS dan DAP tidak dapat bersama, selagi itulah Mahathir akan terus kuat dan gagah.

Anwar amat diperlukan untuk menggembleng tenaga menumbangkan Mahathir. Menghadapi Mahathir memerlukan seorang "Mahathir yang lain", yakni seorang tokoh yang dapat menggembleng semua faktor yang ada, bukannya tokoh yang hanya diterima oleh sebelah pihak saja.

Justeru, saya tidak meletakkan apa-apa harapan kepada mahkamah untuk membebaskan Anwar. Bagaimanapun saya berdoa agar panel hakim, biarpun memutuskan Anwar tetap bersalah, tetapi akan mengenakan hukuman lebih ringan, yang akan mengakibatkan Anwar dapat dibebaskan selepas hukuman penjaranya, untuk kes pertama, tamat tempoh. Hukuman Anwar akan dikira sejak beliau mula ditangkap bukannya selepas mahkamah menjatuhkan hukuman.

Tapi, apakah Mahathir akan bersedia membebaskan Anwar di kala tuntutan bagi membebaskan Anwar tidak lagi kedengaran dengan kuat. Lobi untuk membebaskannya nampak reda. Jadi, buat apa Mahathir mahu menanggung risiko yang sudah pasti negatif buatnya kalau Anwar dibebaskan.

Dengan itu, kunci dalam isu ini berbalik kepada tuntutan rakyat dan gerakan reformasi sendiri. Kalau kita nampak sudah bosan untuk memperjuangkan isu kezaliman terhadap Anwar, apalah yang kita boleh harapkan daripadanya.

Sama-samalah fikirkan ....



Ke atas   Balik ke Laman Utama

"DETIK DAN Al - WASILAH SUDAH MATI!
HALANG PENCABULAN KDN TERHADAP KEBEBASAN MEDIA"
PENERBITAN PEMUDA
24G, Jalan 4/21D, Medan Idaman, Gombak, 53100 Kuala Lumpur
Tel : 03-40243530 Faks : 03-4630372
lutfi_detik@hotmail.com