PENCALONAN ANUGERAH KEAMANAN NOBEL SDR ANWAR IBRAHIM

OLeh : ADLAN BENAN OMAR

Bermula dari hari ini, Pergerakan Pemuda KeADILan akan melancarkan kempen menyokong pencalonan Sdr. Anwar Ibrahim untuk Anugerah Keamanan Nobel 2002.

Pencalonan Sdr. Anwar merupakan satu penghormatan yang tidak ada tolok-bandingnya dalam sejarah negara. Sebagai pemimpin Reformasi, negarawan dan pelopor idea kebangkitan Asia yang berasaskan hak-hak kemanusiaan sejagat, Sdr Anwar adalah calon yang cukup mampu mengharumkan nama negara di persada dunia.

Laman web Pemuda keADILan di alamat http://www.pemuda-keadilan.org akan mula mengumpulkan sokongan orang ramai dari dalam dan luar negara berhubung pencalonan ini.

Sokongan yang terkumpul akan dihantar kepada YMM Raja Harald dari Norway dan Institut Nobel Norway sebagai menyatakan harapan orang ramai supaya Sdr Anwar diberi perakuan yang sewajarnya.

Kami amatlah berharap agar pihak saudara-saudari dapat turut membantu usaha ini. Banner, poster kempen dan maklumat boleh didapati di laman web Pemuda KeADILan seperti yang dinyatakan di atas.

Sokongan anda amatlah kami hargai.

Sekian, terima kasih.

Yang menjalankan tugas,

ADLAN BENAN OMAR Setiausaha
Pergerakan Pemuda keADILan

Tel: 03-79540469 / 012-396 7049



Ke atas   Balik ke Laman Utama

"DETIK DAN Al - WASILAH SUDAH MATI!
HALANG PENCABULAN KDN TERHADAP KEBEBASAN MEDIA"
PENERBITAN PEMUDA
24G, Jalan 4/21D, Medan Idaman, Gombak, 53100 Kuala Lumpur
Tel : 03-40243530 Faks : 03-4630372
lutfi_detik@hotmail.com