|
Fokus Penyelewengan MB Selangor
Dato' Seri Khir Toyo
|
|
|
Bahan Baru Untuk BPR: Khir Toyo Langgar Kanun Tanah Negara
14 Dis -
Laman web www.kmu.net.my telah membela mati-matian Khir Toyo dalam kes rasuah dan salah guna kuasa secara terperinci.Siapa “kmu” sebenarnya?.
Adalah diduga bahawa “kmu” adalah Setpol MB Selangor,Dr.Karim (k) Mansur(m) Umno(u).Tiada mana-mana pegawai yang mampu menerangkan begitu terperinci proses pemberian tanah dan rayuan bayaran premium tanah kepada syarikat-syarikat milik Samsuri Rahmat dll sejak tahun Oktober 1994 hingga Disember 2000.
Soalan yang memerlukan jawapan segera Khir Toyo
14 Dis -
Mengapa Meram Holding, syarikat yang diketahui bermasalah, diberi projek pembin Apakah semasa memutuskan kontrak itu kepada Meram, Khir tidak mendapat maklumat bahawa Meram tidak dapat menyelesaikan sekurang-kurangnya tiga projek, dan hampir disenarai-hitamkan?
Khir dan Harun Salim kepanasan dek diskaun 50 peratus
11 Dis -
SHAH ALAM: Pengurusan kanan PKNS kini kelam-kabut apabila Lutfi membuat aduan rasuah membabitkan tawaran Pengurus Besarnya, Harun Salim satu tapak banglo di Bandar Bangi kepada Dr Khir Toyo tanpa prosedur yang sah.
Wakil kami cuba menghubungi Harun dan Pengurus bahagian Tanah PKNS, Puan Kamisah, tetapi diberitahu mereka sibuk mengadakan mesyuarat. Ya, pagi petang mereka dikatakan bermesyuarat.
Isu "Kondom" Khir Toyo
11 Dis -
Pada 6 Disember 2001 Khir ToyO cuba menjadi jago kununnya. Khir Toyo dengan lagak ayam jantan mencadangkan pengharaman penjualan kondom secara bebas sekarang ini. Untuk umat Islam,cadangan Khir Toyo cukup baik. Hanya pengidap AIDS dan pasangan rumah tangga sahaja dibenarkan membeli kondom. Khususnya remaja adalah dilarang.
ADUN Kajang bimbang jika benar Khir berbohong di DUN Selangor
11 Dis -
BANGI: Sikap Menteri Besar Selangor, Dr Khir Toyo dalam ucapan di persidangan Dewan Undangan Selangor, 31 Oktober lalu, yang tidak mengakui beliau menerima tawaran tanah dari PKNS dibidas oleh ADUN PAS Kajang, Dr Shafie Abu Bakar.
“Kita tidak mahu beliau berdolak-dalik, walaupun pada asalnya dikatakan tanah yang ditawarkan itu di Shah Alam, tetapi sebenarnya adalah di Bandar Baru Bangi,” tambahnya.
Apa pun, Lutfi tak rugi apa-apa, yang malu besar adalah Khir dan keluarganya
11 Dis -
Apabila Ahmad Lutfi Othman membuat sekali lagi aduan kepada BPR, pengampu dan penjilat Khir Toyo yang hampir kelemasan itu menggelabah tak tentu arah. Ini kerana setiap kali Lutfi ke BPR, yang akan terkencing dulu, selain Khir adalah Setpolnya, Dr Karim Mansor dan pembantu Khasnya, Selamat Dollah.
Adakah akhbar-akhbar berbahasa Melayu cukup takut melaporkan perkara benar berkenaan Khir ?
10 Dis -
Perjumpaan antara wartawan dengan Menteri Besar Selangor malam Ahad lalu, serentak dengan majlis berbuka puasa, menimbulkan pelbagai cerita menarik tentang masa depan Dr Khir Toyo.
Meskipun bagi pemberita biasa, mereka pulang lebih awal, tetapi difahamkan untuk para editor kanan, pertemuan dengan Khir berlanjutan hingga tengah malam. Tentunya ada isu penting yang dibincangkan khususnya mengenai dakwaan rasuah terhadapnya.
Khir Toyo didakwa mengkhianati aspirasi generasi muda
10 Dis -
KUALA LUMPUR: Perlantikan Dr Khir Toyo sebagai Menteri Besar Selangor dilihat sebagai penghormatan terhadap generasi muda, malah sikap beliau pada awalnya dilihat bertanggungjawab dan komited terhadap kerja. Malah Khir sering menyarankan agar bersikap telus dalam melaksanakan amanah rakyat
Surat Pembaca: Memang Khir Toyo tu pembohong!
9 Dis -
Saya tak setuju kalau Detikdaily takut-takut nak simpulkan yang Menteri Besar Selangor itu pembohong besar, sanggup berdaleh dan memutar-belitkan kata-katanya di Dewan Undangan Negeri Selangor yang mulia itu. Katakan saja bahawa MB itu penipu, pembohong, tidak bercakap benar!
Khir Toyo mesti disiasat sehalus-halusnya bagi membersihkan Umno Selangor
9 Dis -
Berikut adalah kandungan sepenuhnya surat yang dihantar kepada pemimpin-pemimpin politik di Selangor, yang juga telah dihantar ke Detikdaily. Ia disiarkan bagi mendapat perspektif lain tentang isu kepimpinan MB Selanor selama ini. Selamat membaca:
Khir Toyo tidak bercakap di Dewan Undangan Negeri Selangor
7 Dis -
SHAH ALAM: Aktivis media, Ahmad Lutfi Othman, yang membuat laporan ketiga kes rasuah Menteri Besar Selangor, Dato' Seri Dr Mohd Khir Toyo, Selasa lalu di Ibu Pejabat Badan Pencegah Rasuah di Putrajaya telah diminta memberi keterangan lanjut Jumaat lalu, 7 Disember jam 9.30 pagi.
Redakan seketika membongkar rasuah Khir Toyo
7 Dis -
Sebelum mengucap tahniah atas pembongkaran kes rasuah Khir Toyo, suka saya mengingatkan bahawa sdr sebenarnya bukan menentang Menteri Besar Selangor yang baru 14 bulan jadi MB, tetapi yang sdr tentang adalah pemimpin atasan kerajaan dan Umno.
Kroni Sebenar Dr. Khir MB Selangor
7 Dis -
Ingin saya mengucapkan tahniah kepada Detik kerana berani memaparkan apa yang sedang berlaku di Selangor sekarang ini. Saya merasakan keberanian Saudara Lutfi perlu disanjung dan diberi sokongan sepenuhnya.
Khir selamat buat sementara waktu, tapi belum tentu untuk selamanya
6 Dis -
SHAH ALAM: Maklumat baru mengenai kes rasuah Dato' Seri Dr Mohd Khir Toyo yang disampaikan Ahmad Lutfi Othman di Ibu Pejabat Badan Pencegah Rasuah, Putrajaya, Selasa lalu, kembali menghangatkan isu sensasi ini meskipun umat Islam kini lebih disibukkan dengan persiapan menghadapi Aidilfitri.
Lagi Bukti Baru Khir Rasuah
4 Dis -
Pada 23 Oktober 2001, saya telah membuat aduan rasuah membabitkan Menteri Besar Selangor, Dato’ Seri Dr Mohd Khir Toyo di Ibu Pejabat Badan Pencegah Rasuah (BPR), Blok D6, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Putrajaya di depan Penolong Penguasa Kamaruddin Baharom.
Senarai pemimpin Umno Selangor yang mengkhianati Melayu dengan menjual segala tanah yang diperolehi dari kerajaan kepada taukeh-taukeh Cina
4 Dis -
“Habis dah tanah negeri Selangor”, titah Almarhum Sultan Salahuddin, Sultan Selangor beberapa tahun lepas.
Kekesalan ini dilafazkan oleh almarhum Sultan Selangor kerana rasa kecewa yang amat sangat terhadap sikap bekas MB Selangor ,Tan Sri Mohamad Taib yang mengagihkan tanah Negeri Selangor kepada kroninya dan konco-konco dalam Umno sesuka hati.
Dimana Khir Toyo Sekarang?
2 Dis -
Berita MB Selangor,Khir Toyo 28 November 2001 agak menggemparkan masyarakat Selangor.Berita mengatakan Khir Toyo dimasukkan ke Hospital Pakar Selangor kerana sakit batu karang adalah satu yang tidak diduga sama sekali oleh rakan-rakan dekat Khir Toyo.Sebelum ini ia tidak pernah mengeluh tentang penyakitnya itu kepada teman-teman. Walau bagaimana pun kita turut simpati kerana penyakitnya itu.
Hassan Ali jawab Khir Toyo
30 Nov -
MUQADDIMAH Wawancara Mingguan Malaysia dengan Menteri Besar Selangor mengenai dakwaan rasuah kepadanya diharap dapat memberi banyak penjelasan, namun Dato' Seri Dr Mohd Khir Toyo memilih untuk tidak menjawab isu-isu asas yang dilaporkan kepada BPR. Sebaliknya beliau menimbulkan isu-isu yang tidak relevan, termasuk menyerang secara peribadi Ketua Pembangkang di DUN Selangor, DATO' DR HASSAN ALI.
SURAT PEMBACA :BPR Selongkar Pejabat MB,semuanya sandiwara.
30 Nov -
Jika pun betul berita-berita yang dilaporkan oleh Harakahdaily dan Detikdaily tentang usaha bersungguh-sungguh BPR menyiasat kes rasuah Menteri Besar Selangor, Khir Toyo, saya minta rakyat yang prihatin jangan mudah percaya dengan propaganda murahan Mahathir ini.
Sokong Khir pecat saja Exco-exco kanannya yang bocorkan rahsia itu
29 Nov -
Cadangan supaya Khir Toyo merombak anggota Exconya amat dialu-alukan kerana hampir semua mereka tidak boleh dipercayai lagi bagi melindungi segala amalan salahguna kuasa dan kerakusannya untuk menguasai tanah dan projek di Selangor.
Khir Toyo bukan gila kuasa tapi tak tahu batasan kuasa
29 Nov -
Dr Mohd Khir Toyo mengatakan ia tidak pernah mengganggu bidang kuasa pegawai-pegawainya. ”Kita kena percaya pegawai-pegawai… jangan sampai kita hendak semua benda hingga dikatakan gila kuasa.”
BPR mula jalan siasatan menyelongkar minit mesyuarat Exco
28 Nov -
SHAH ALAM: Anggota Badan Pencegah Rasuah telah mula memasuki Ibu Pejabat JKR Negeri di sini, serta menyelongkar minit-minit mesyuarat di Bangunan SUK berkaitan kelulusan tanah yang menjadi kontroversi baru-baru ini ekoran dakwaan rasuah dan salahguna kuasa ke atas Menteri Besar Selangor, Dato' Seri Dr Mohd Khir Toyo.
Perangai buruk Umno ungkit pembahagian tanah bagaikan hasil kekayaan negara macam "harta bapak" mereka
28 Nov -
Sudah hampir sebulan sudah berlalu akan aduan oleh Sdr Ahmad Lutfi berkaitan perilaku salah guna kuasa dan rasuah Menteri Besar Selangor, Dr Mohd Khir Toyo kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR).
Khir Toyo masih tidak mampu menangkis tuduhan-tuduhan tersebut. Cara dia menjawab dalam Mingguan Malaysia 18 Nov lalu jelas menggambarkan Khir sedang kepanasan. Malah dia dalam keadaan lemas, kata ADUN Sg.Burung, Dr Hassan Ali, yang juga Ketua Pembangkang di DUN Selangor.
Lantik Gani Patail untuk selamatkan Ali Abu Hassan, Rafidah Aziz, Khalil Yaakob, Khir Toyo
28 Nov -
Dewan Pemuda PAS Pusat (DPP Pusat) melahirkan rasa yang kesal di atas tindakan kerajaan BN melantik Datuk Abdul Gani Patail sebagai Peguam Negara yang baru walaupun Gani Patail adalah seorang kakitangan awam yang dipertikaikan ketelusannya oleh seluruh rakyat terutama selepas isu Datuk Seri Anwar Ibrahim. DPP Pusat berpandangan bahawa tindakan Kerajaan BN ini adalah bertujuan untuk menguatkan cengkaman mereka ke atas institusi keadilan terutama setelah beberapa pemimpin utama BN dipertikaikan oleh rakyat kerana beberapa penyelewengan.
Mengapa BPR Selangor ambil alih aduan Lutfi terhadap Khir kalau bukan untuk membersihkan imej MB itu?
28 Nov -
Bila saya membaca bahawa aduan Sdr Ahmad Lutfi Othman kepada Badan Pencegah Rasuah di Putrajaya itu telah dipindahkan ke BPR Shah Alam, saya rasa ada sesuatu yang tak kena berlaku.
Apabila siasatan BPR itu membabitkan orang kenamaan, terutama sekali Menteri Besarnya, sepatutnya ia dikendalikan oleh Ibu Pejabat di Putrajaya, bukan di bawah siasatan BPR negeri di mana orang yang diadu itu ialah Menteri Besar negeri itu.
Dedah semua nama penerima anugerah tanah kepada umum untuk elak fitnah - Kit Siang
27 Nov -
DAP mengesyorkan supaya Kerajaan Negeri Selangor membuat pengumuman terbuka nama-nama penerima anugerah tanah termasuklah dari kalangan ahli politik sama ada dari Barisan Nasional (BN) mahupun pembangkang untuk mengelakkan isu tersebut menjadi satu instrumen peras ugut politik. Pengerusi Kebangsaannya, Lim Kit Siang berkata, sejak isu anugerah tanah kepada individu-individu tertentu termasuklah dari pembangkang hangat diperkatakan, orang-ramai tertanya-tanya berita manakah yang betul dan boleh dipercayai dan berita manakah hanya sekadar khabar angin dan fitnah politik.
Khir masih gagal jawab tuduhan Lutfi
27 Nov -
Sudah hampir sebulan sudah berlalu akan aduan oleh Sdr Ahmad Lutfi berkaitan perilaku salah guna kuasa dan rasuah Menteri Besar Selangor, Dr Mohd Khir Toyo kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR).
Khir Toyo masih tidak mampu menangkis tuduhan-tuduhan tersebut. Cara dia menjawab dalam Mingguan Malaysia 18 Nov lalu jelas menggambarkan Khir sedang kepanasan. Malah dia dalam keadaan lemas, kata ADUN Sg.Burung, Dr Hassan Ali, yang juga Ketua Pembangkang di DUN Selangor.
Bersihkan lumpur yang terpalit atau dakwa Khir
27 Nov -
Saya pasti, rentetan peristiwa tersebut ia memberi kesan besar khususnya terhadap rakyat Selangor. Saya mengharapkan, jika Menteri Besar Selangor tidak terlibat dalam isu rasuah, BPR dapat membersihkan segala lumpur yang terpalit kepada dirinya. Ya, saya tidak menafikan Khir sememangnya ada musuh politik. Ini kerana penglibatan beliau dalam politik begitu mendadak sehingga mengetepikan orang-orang senior. Mereka tersisih dengan perlantikan Khir Toyo.
Surat Pembaca: Jangan terpedaya dengan umpan penulis upahan Khir
26 Nov -
Saya terbaca dalam Memo15 palsu yang ditaja oleh Khir Toyo, Menteri Besar Selangor yang kini teraba-raba mencari dahan untuk bergantung kerana tuduhan rasuah terhadapnya. Banyak cabaran yang dikemukakan oleh akhbar palsu tajaan Khir itu kepada Ahmad Lutfi dan pemimping PAS Selangor, terutama Dr Hassan Ali. Terpulanglah kepada Lutfi dan Dr Hassan untuk menjawabnya atau tidak kerana kita tak tahu siapa sebenarnya yang membuat tuduhan itu. Bagaimanapun, saya rasa penulis upahan Khir ini hanya mahukan supaya isu tuduhan MB makan suap itu dipesongkan kepada hal lain yang tak ada kena mengena.
MB cuba 'larikan diri'
26 Nov -
SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor, Dato' Seri Dr Mohd Khir Toyo disifatkan sebagai cuba berselindung atau 'melarikan diri' kepada persoalan lain, kerana tidak mempunyai hujah yang munasabah bagi menjawab dakwaan-dakwaan Ahmad Lutfi Othman seperti yang terkandung dalam laporan BPR terhadapnya.
Khir Toyo umpama manusia yang sedang lemas – Hassan Ali
26 Nov -
KUALA LUMPUR: Naib Presiden PAS, Dato’ Dr Hassan Ali menyifatkan tuduhan Menteri Besar Selangor, Dato’ Seri Dr Mohd Khir Toyo, bahawa ada pihak tertentu sanggup mengupah orang tertentu untuk memfitnahnya sebagai tindakan “seorang manusia yang sedang lemas”.
"Biar pembaca menilai kedua-dua Memo15, sama ada yang palsu atau original" -- Penerbitan Pemuda
25 Nov -
SHAH ALAM: Ratusan ribu naskhah Memo15 palsu, yang ditaja oleh Menteri Besar Khir Toyo, disebarkan di seluruh masjid-masjid di sekitar Shah Alam, ketika umat Islam khusyuk menunaikan solat Tarawikh.
Toyol edar "Memo 15" ( Palsu)
25 Nov -
Pada 23 November 2001 ,jemaah solat Jumaat dan solat Tarawikh di Selangor telah dikejutkan dengan akhbar tabloid “MEMO 15”(palsu).Memo palsu ini diedarkan secara percuma kepada jemaah yang sedang solat. “MEMO 15”(palsu) tidak dinyatakan penerbit dan pencetaknya sekali.Sebaliknya MEMO 15 keluaran Penerbitan Pemuda dan Angkatan Edaran telah berada dipasaran sejak 18 November dengan tajuk besar “Siapa Beri Maklumat”.Sedangkan “MEMO 15 “(palsu) bertajuk “Konspirasi + Wang + Tanah + Tender” yang ditujukan khas kepada MB Selangor ,Khir Toyo.
Mengapa ramai jurutera di Shah Alam, Sabak Bernam dan Kuala Selangor bertukar dan naik pangkat, kalau tidak kerana amalan rasuah Khir Toyo?
23 Nov -
Menteri Besar Selangor, Dato' Seri Dr Mohd Khir Toyo dalam melenium ini cukup sensasi. Selain namanya yang cukup antik, perangai dan tindakan-tindakannya juga mengatasi populariti dan unpopulariti MB Selangor yang lepas-lepas. Dari seorang anak petani yang dhaif, seterusnya menjadi doktor gigi dan kini, yang terakhir beliau dilantik menjadi Menteri Besar Selangor. Bagaimanapun, anugerah yang dikurniakan Allah SWT itu tidak dipergunakan sebaiknya dan sewajarnya sebagai hamba Allah yang bertaqwa.
Jika benar-benar kerajaan serius membanteras rasuah ROMBAK SISTEM KUASA!
22 Nov -
Antara menteri yang dilihat agak lantang bercakap soal rasuah ialah Dato' Seri RAIS YATIM, Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Kami cuba beberapa kali untuk menemubualnya, tapi masih belum berjaya. Namun, dirasakan pandangan yang pernah diberikan kepada Ahmad Lutfi Othman pada bulan Jun 1997 masih relevan, maka kami menyiarkan semula wawancara khas itu, ketika Rais masih di luar kerajaan.
Khir Toyo tidak jawab isu dakwaan rasuah terhadapnya
21 Nov -
KUALA LUMPUR, - Aktivis media, Ahmad Lutfi Othman, menyifatkan penjelasan Menteri Besar Selangor, Dato’ Seri Dr Mohd Khir Toyo tentang dakwaan rasuah terhadapnya, dalam Mingguan Malaysia, 18 November lalu, sebagai percubaan untuk mengalih perhatian umum daripada isu yang sebenarnya.
Khir memang akan letak jawatan sebelum raya?
21 Nov -
Saya tertarik dengan kerja kuat lagi berkesan yang dibuat penulis bebas Ahmad Lutfi Othman membuat pendedahan salahlaku dan amalan rasuah MB Selangor. Berdasarkan aduan dan maklumat yang diberikannya kepada BPR, saya yakin tajuk muka depan Cabaran, "Letak Jawatan Sebelum Raya?" akan menjadi kenyataan.
Syabas Khir Kerana Tenang Hadapi Fitnah Lutfi
21 Nov -
Saya pasti BPR akan membuat siasatan terhadap maklumat yang diberinya itu. Dan saya juga pasti, selepas siasatan dibuat, perkara ini akan dirujuk kepada Perdana Menteri, dan PM akan memutuskan bahawa tiada kes yang boleh dibawa kepada Khir. Sebagai orang yang melantik Khir, yang memberi harapan tinggi kepadanya, Mahathir pasti akan mempertahankan Khir.
Berapa yang Khir dapat dari Pua Kim An dalam projek jalan di Sekinchan?
21 Nov -
Lalu, hilanglah isu dakwaan rasuah Khir yang mengambil komisyen lebih RM20 juta daripada taukeh Cabaran Wangsa Sdn Bhd, Pua Kim An, 27 tahun, yang merupakan kontraktor sebenar yang membina jalan termahal di Sekinchan itu. Semua orang di Sekinchan dan Tanjong Karang tahu hal ini. Kita semua dapat tengok sendiri Pua Kim An itu, dulunya sengkek tetapi bila Khir jadi MB, bukan main kencang lagi bisnesnya. An ini pula bukan jenis orang yang pandai jaga mulut, semua kawan-kawannya tahu tentang habuan yang dia dapat dari Khir.
Lutfi lawan Khir Toyo, BPR yang tewas
21 Nov -
Kerusi Menteri Besar Selangor panas lagi. Kali ini penyandangnya, orang muda, Datuk Seri Mohd Khir Toyo disergah oleh aktivis media, Ahmad Lutfi Othman dengan dakwaan rasuah dan penyelewengan.
Akan kecundangkah Khir Toyo yang didakwa terlibat dalam penyelewengan pemberian kontrak membina jalan kampung dan pemberian tanah kepada pihak-pihak tertentu, atau adakah beliau terus selamat sebagaimana bekas Menteri Besar Pahang, Tan Sri Khalil Yaakob?
Khir Toyo membilang hari terakhirnya sebagai MB Selangor
21 Nov -
SHAH ALAM: Khir Toyo kini boleh membilang hari-hari terakhirnya sebagai Menteri Besar Selangor. Dimaklumkan Badan Pencegah Rasuah (BPR) telahpun menjalankan siasatan termasuk ke pejabat JKR dan mendapatkan maklumat yang diperlukan.
Menurut sumber, antara maklumat yang diperolehi BPR sudah boleh untuk digunakan bagi mendakwa Khir menyalahgunakan kuasa. Isu Khir meluluskan projek membina jalanraya yang begitu mahal, iaitu RM3.5 juta untuk satu kilometer, kepada sebuah syarikat bermasalah, adalah antara sebab yang membuatkan Khir kepanasan sekarang.
Pengagihan Tanah Mesti DiRombak Besar-Besaran
21 Nov -
Saya amat bersetuju dengan pandangan Sdr Lutfi Othman bahawa apa yang harus ditimbulkan dalam isu rasuah Menteri Besar Selangor ialah bagaimana harus dilakukan reformasi besar-besaran bagi mempastikan pengagihan tanah khususnya dibuat secara telus dan adil.
Selama ini hak membahagikan tanah terletak sepenuhnya kepada Menteri Besar. Exco-exco yang lain hanya diperalatkan untuk mengesahkan keputusan yang dibuat oleh Menteri Besar.
Khir diingatkan jangan babitkan Menteri Besar terdahulu
21 Nov -
SHAH ALAM, 18 Nov: Seorang veteran Umno menasihatkan Menteri Besar Selangor agar berhati-hati membuat kenyataan membela diri kerana dikhuatiri hujah-hujahnya boleh menyinggung pihak lain, di dalam Umno sendiri.
Beliau yang ditemui sebelum solat Tarawikh, di sebuah masjid dekat sini, merujuk kepada wawancara eksklusif Mingguan Malaysia dengan Dato' Seri Dr Mohd Khir Toyo hari ini, 18 November.
Khir tidak jawap isu yang dibangkitkan Lutfi
21 Nov -
Membaca wawancara khas Mingguan Malaysia dengan Dr Khir Toyo, Menteri Besar Selangor, Ahad 18 November lalu membuatkan saya tertanya-tanya: “Apa motif sebenar interviu Baharom Mahusin dan Amir Sarifudin Mansor dengan Khir yang dikatakan mewakili imej pemimpin Umno yang muda, orang kampung, bersih, warak, telus, progresif dan dinamik itu?”
Apabila wartawan, penerbit melawan MB
19 Nov -
Apabila dimaklumkan bahawa Menteri Besar Selangor, Dato’ Seri Dr Mohd Khir Toyo mengadakan mesyuarat tergempar di kalangan ADUN Umno dan aktivis pemudanya bagi membincangkan langkah pro-aktif untuk menyekat saya dari mendedahkan apa yang saya sifatkan “amalan salahguna kuasa dan rasuah yang ketara”, saya sudah menjangka satu tindakan drastik akan diambil.
Hassan Ali menyanggah jawapan Khir Toyo
19 Nov -
Menteri Besar Selangor, Mohd Khir Toyo, telah menjawab beberapa pendedahan yang dibuat oleh Ahmad Lutfi Othman terhadapnya. Walau bagaimanapun Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri Selangor, Datuk Dr Hassan Ali, menyanggah jawapan Khir Toyo itu. Ikuti wawancara yang pertama disiarkan dalam akhbar Memo15 itu.
Bebaskan BPR, Peguam Negara
19 Nov -
Lutfi telah membuat laporan kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR). Sepatutnya BPR perlu melakukan penyiasatan segera. BPR tidak perlu lagi berdolak-dalik. Dan kita agak terperanjat apabila laporan itu disebut bukan aduan tetapi sekadar maklumat. Ini telah dibangkitkan lagi oleh Dr Hassan Ali, Ahli Parlimen Parit Buntar dalam Parlimen, 8 November tentang perbezaan maklumat dan aduan rasmi. Dan saya difahamkan Lutifi akan pergi sekali lagi untuk membuat laporan ke BPR tentang salah laku yang dikatakan membabitkan Menteri Besar Selangor, Dr Khir Toyo. Saya harap BPR harus bertindak tanpa mengira sesiapa yang terlibat sebelum ini. Merujuk sebelum ini, Yang di-Pertuan Agong ketika merasmikan sidang Parlimen, baginda telah menjelaskan bahawa kerajaan akan bertindak terhadap rasuah sehingga ke akar umbi. Bagi saya, bukan ke akar umbi tetapi sehingga ke kemuncaknya.
Uncertain fate awaits Selangor MB as he confronts graft allegations
17 Nov -
Someone must have cast an evil spell on Selangor: its Menteri Besar and scandals have become synonymous in recent years. One by one, they have trot the road to infamy. This time round, it is Dr Mohd Khir Toyo's turn.
He has been accused of abusing his power in land and government project deals worth over RM100 million to a dubious band of cronies.
Berapa banyak aset yang Khir isytiharkan depan PM?
10 Nov -
Khir boleh dakwa di Dewan Undangan Negeri Selangor bahawa dia bayar hutang rumah RM150,000 dengan duit hasil dia jadi doktor gigi selama 11 tahun. Tapi faktanya pun tertolak bila dikaji tengok tak sampai 11 tahun dia buka klinik. Harap Khir jangan kelentong.
Tapi memang benar, Khir boleh bohongi rakyat, boleh tipu orang ramai, tapi Khir tak boleh tipu Dr Mahathir. Dr Mahathir tahu berapa aset sebenar Khir yang diisytiharkannya kepada PM. Dan Mahathir tentu boleh kira sendiri, apakah logik, katakan seorang yang ada RM200,000 tunai, tiba-tiba dengan baik hati nak bayar hutang bank RM150,000.
Pua Kim An, taukeh subkontraktor yang buat jalan RM92.5 juta di Sekinchan, menaja pembinaan rumah Khir di Simpang Lima
10 Nov -
Merujuk tulisan Al-Qaeda tentang bagaimana Dr Khir Toyo membayar pinjaman perumahannya di Kajang, sekaligus RM150,000 dalam masa 15 hari dan bagaimana pula dengan pembinaan rumah barunya di Simpang Lima.
Saya adalah subkontraktor yang sekarang sedang buat projek jalan termahal di Sekinchan dan saya mengakui Pua Kim An, yang pernah menjadi tuan rumah yang disewa Dr Khir Toyo dulu adalah pihak yang sebenarnya membuat jalan ini.
Lutfi: Jangan mimpilah nak jatuhkan MB Selangor lagi!
10 Nov -
Mimpi saya semalam, Khir dengan Mahathir, sama-sama tenggelam dalam banjir di Shah Alam. Kata orang, maksud dari mimpi itu adalah sebaliknya, iaitu Khir Toyo dan Mahathir Mohamad, yang dibenci sangat oleh pembangkang ini akan terus kuat berkuasa.
Lulus darjah enam tapi sekelip mata selepas Khir jadi MB pakai Mercedes lampu bulat
10 Nov -
Tahniah kerana pendedahan berani Sdr Lutfi terhadap segala penyelewengan, salahguna kuasa dan amalan rasuah Dr Khir Toyo, Menteri Besar Selangor.
Memang benar ramai kroni UMNO terutama di kawasan DUN Sungai Panjang telah kaya dalam sekelip mata dengan mercedes lampu bulat walhal sebelum ini mereka adalah lulusan darjah enam sahaja.
Surat Pembaca: Beberapa senarai pembohongan Khir Toyo
9 Nov -
Persidang Dewan Undanga Negeri Selangor selama empat hari mulai 29 Oktober hingga 1 November 2001 telah mempertontonkan watak sebenar Khir Toyo,MB Selangor yang suka berbohong. Khir Toyo yang menjadi pilihan Mahafiraun ,Mahatir Mohamad jelas lagi ketara adalah seorang yang suka berbohong dan menipu sesama pemimpin Umno,menipu pegawai kerajaan, pembangkang,ahli Umno dan rakyat.
Khir Atur Pertemuan di Langkawi bincang isu dakwaan rasuah terhadapnya
7 Nov -
SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor yang kini hebat menerima tekanan ekoran dakwaan rasuah mula mengambil tindakan pro-aktif sekurang-kurangnya untuk mengekalkan keyakinan pegawai kanan kerajaan negeri dan anggota exco kepadanya.
Surat Pembaca 2: Jangan sama sekali, saya ulang, jangan sama sekali harapkan BPR siasat Khir Toyo kerana dia orang Mahathir
7 Nov -
Saya hairan mengapa harapan terlalu tinggi diberikan kepada Badan Pencegah Rasuah untuk menyiasat dakwaan rasuah Menteri Besar Selangor, Dr Mohd Khir Toyo. Bukankah BPR benar-benar di bawah takluk Perdana Menteri, yang hanya akan memulakan siasatan jika Mahathir membenarkannya?
Surat Pembaca Dedah Banyak Kegiatan Rasuah Berkaitan Tanah di Bukit Cherakah
7 Nov -
Assalamulaikum Sdr. Lutfi, Saya harap Sdr lebih cekal dan tabah walaupun ditekan oleh pihak berkuasa. Ingatlah bahawa Kekuasaan yang mutlak hanyalah milik ALLAH swt. Jadi teruskan pembongkaran isu-isu tersebut. Sebagai rakyat yang prihatin saya akan cuba memberi berberapa maklumat yang mungkin berguna buat sdr dedahkan bagi tindakan selanjutnya.
Azmin Gesa Khir Letak Jawatan Sementara Siasatan Berjalan
7 Nov -
Saya merasa terpanggil untuk mengambil bahagian dalam perbahasan Belanjawan Negeri Selangor 2002 atas keinsafan untuk bersama-sama membangunkan Negeri Selangor ke arah yang lebih cemerlang; bukan sekadar untuk membangkang. Tugas menegur bukanlah tanggungjawab pembangkang sahaja malahan ianya adalah tanggungjawab semua. Malangnya, pimpinan UMNO hari ini, MCA apatah lagi MIC; semuanya ketandusan kekuatan untuk menegur ketua-ketua mereka. Maka peranan kami dalam Barisan Alternatif semakin besar dan mencabar untuk membawa suara rakyat ke dalam dewan yang mulia ini. Sindrom membisu dan mengampu tidak ada di dalam kamus perjuangan kami.
Tuduhan Rasuah : Wanita Selangor Sifatkan Percubaan Jahat Burukkan Imej MB
6 Nov -
Ketua Wanitanya, YB Datin Paduka Hajah Seripah Noli Syed Hussin berkata Wanita Selangor percaya tuduhan itu sengaja diwujudkan oleh pembangkang memandangkan tindakan agresif beliau yang berani menggempur pihak pembangkang khususnya menyedarkan rakyat negeri ini tentang tipu daya mereka yang sentiasa menggunakan agama untuk meraihkan sokongan.
PM arah BPR tutup kes dakwaan rasuah Khir Toyo?
6 Nov -
KUALA LUMPUR: Aduan rasuah yang dibuat Ahmad Lutfi Othman kepada Badan Pencegah Rasuah 23 Oktober lalu, yang membabitkan Menteri Besar Selangor, Dato' Seri Dr Mohd Khir Toyo, dikatakan cuba ditutup oleh pihak atasan yang berkepentingan. Menurut sumber yang mengaku rapat dengan Ibu Pejabat Umno Selangor, dakwaan amalan salah guna kuasa itu, yang boleh merosakkan imej pemerintah pada ketika suasana politik tanahair memihak Barisan Nasional, akan dipastikan tidak mencetuskan satu kontroversi baru, yang mana boleh memberi kelebihan kepada pembangkang.
Mengapa saya sokong Khir bagi tanah pada budak muda umur 20 tahun
6 Nov -
Antara banyak isu yang dibangkitkan oleh Ahmad Lutfi dalam aduannya kepada BPR, saya tertarik dengan kes bagaimana budak-budak berumur 20 tahun boleh mendapat tanah seluas 50 ekar.
Soalnya, tahukah budak-budak ini cara mencari tanah kosong kerajaan dan kemudiannya melalui prosedur tertentu memohon tanah? Lebih pelik lagi, bagaimana pula seorang anak Pegawai Daerah, juga berumur 20 tahun, boleh memohon tanah di kawasan ayahnya menjadi DO.
Lagi lama kes rasuah Khir Toyo diperap, lagi susah Umno nanti
6 Nov -
Datuk Satim Diman (Puchong) dalam mempertahankan Dr Khir Toyo menyatakan bahawa Datuk Hassan Ali (PAS) juga telah diperuntukan tanah sebanyak 6 ekar untuk kem latihan yang kemudiannya dijual untuk mengaut keuntungan murah. Ini didedahkan apabila Dr Hassan Ali menuntut agar Datuk Dr Khir Toyo harus bertanggung jawab mengenai kes-kes rasuah dan penyalah gunaan kuasa yang di buat keatas beliau. Lapuran kepada BPR oleh Encik Ahmad Lufti ini telah di pamerkan dalam Umno-Reform sedikit masa dahulu.
Orang kanan Khir dakwa BPR kata tiada kes
6 Nov -
SHAH ALAM: Pembantu-pembantu kanan Menteri Besar Selangor mendakwa segala halangan akibat dakwaan rasuah ke atas Dr Mohd Khir Toyo sudahpun berakhir. Malah, kata mereka, sejak dari awal lagi, kes itu langsung tidak menganggu mereka.
Mengapa Keluarga Khir Toyo ingin bantu Tabung Haji?
5 Nov -
Salah seorang ahli keluarga Khir Toyo,MB Selangor yang menonjol akan kemewahannya sekarang ini adalah Ustaz Nasir Toyo. Adik Khir Toyo ,ustaz Nasir Toyo adalah seorang guru agama di Sekolah Kebangsaan Dato' Manan, Tg.Karang.
Isu telur ayam pun menyusahkan MB Selangor: Bukan saja ayam tak ada, reban ayam pun tak nampak
5 Nov -
TANJONG KARANG: Akhbar Berita Harian, 26 Disember 2000 pernah menyiarkan gambar dan berita MB Selangor, Dr Khir Toyo memberi duit raya lebih RM70,000 kepada 700 orang anak-anak yatim, seorang RM100. Utusan Malaysia pula menyiarkan gambar Khir memberi dua ekor ayam kepada lebih 600 orang penduduk di kawasan DUN Sungai Panjang.
Jika perlu, saya akan buat aduan rasmi sekali lagi -- Lutfi
5 Nov -
KUALA LUMPUR: Aktivis media, Ahmad Lutfi Othman menafikan laporan akhbar semalam, yang mendakwa beliau sebenarnya belum membuat aduan rasmi mengenai dakwaan salahguna kuasa dan amalan rasuah Menteri Besar Selangor, tetapi apa yang dibuatnya pada 23 Oktober lalu hanya menyampaikan maklumat.
BPR kunjungi pejabat Meram mulakan siasatan kes Khir Toyo
3 Nov -
KUALA LUMPUR: Sekumpulan pegawai Badan Pencegah Rasuah dan anggota polis dikatakan telah memulakan siasatan ekoran laporan Ahmad Lutfi Othman mengenai dakwaan rasuah dan amalan salahguna kuasa Menteri Besar Selangor, Dato' Seri Dr Mohd Khir Toyo.
JAIS yang mengarah tutup PASTI adalah alat politik Khir Toyo
3 Nov -
Tindakan JAIS mengarahkan penutupan PASTI merupakan satu tindakan yang mewarisi pemikiran bebal dan sekaligus memperlilhatkan hilangnya kecerdikan intelektual di kalangan pihak tertentu di JAIS. Membuat arahan "tutup" tanpa adanya penyiasatan yang rapi, teliti dan "tidak memihak", memperjelaskan bahawa arahan yang dikeluarkan oleh JAIS adalah satu arahan "buta" yang menggambarkan ketidakpekaan JAIS terhadap realiti pendidikan yang dilaksanakan di PASTI.
Belanjawan Selangor 2002 tiada halatuju
3 Nov -
Belanjawan 2002 yang dibentangkan oleh Menteri Besar merupakan satu belanjawan defisit yang sepatutnya bertujuan untuk mengatasi kemelesetan ekonomi. Tujuan utama belanjawan defisit adalah untuk meninggikan permintaan. Pada asasnya, belanjawan defisitlah yang sesuai diperkenalkan dalam keadaan ekonomi meleset.
Mengapa Lutfi lawan Khir?
2 Nov -
Saya seperti juga tanggapan awam yang lain bahawa Menteri Besar Selangor Dr Khir Toyo memang tidak pernah disabitkan atau dijangka melakukan amalan salah guna kuasa atau rasuah yang begitu besar tetapi selepas saya menerima satu dokumen daripada pihak tertentu khususnya berkaitan bagaimana beliau semasa mempengerusikan mesyuarat exco telah membuat keputusan-keputusan yang disifatkan sebagai amalan pilih kasih dan salah guna kuasa, saya melakukan sedikit penyelidikan lanjut berkaitan dengan dokumen awal itu dan ditambah pula dengan beberapa dokumen lain mengenai projek jalanraya di Sekinchan Selangor yang juga menimbulkan begitu banyak keraguan-keraguan saya terhadap keputusan-keputusan yang dibuat oleh beliau sendiri.
Isytihar harta MB, Exco, ADUN, Ahli Parlimen, Ahli Majlis Bandaraya, Abli Majlis Daerah secara terbuka
2 Nov -
Bahawasanya Dewan ini memutuskan bahawa Kerajaan Negeri Selangor hendaklah membentangkan ke Dewan ini dalam tempoh 6 bulan satu Enakmen bernama Enakmen Pengisytiharan Umum Harta Milikan Wakil Rakyat Negeri Selangor yang mewajibkan semua wakil rakyat negeri Selangor mengisytiharkan secara umum harta milikan mereka setiap tahun di mana maksud wakil rakyat hendaklah merangkumi Menteri Besar, Speaker Dewan Undangan Negeri, Ahli Exco, Ahli Dewan Undangan Negeri, Ahli Parlimen, Ahli Majlis Bandaraya dan Perbandaran dan Ahli Majlis Daerah."
Khir takut isytihar harta kepada publik
2 Nov -
Saya mengutuk perbuatan Menteri Besar Negeri Selangor, Dato Seri Dr Mohd Khir Toyo yang membenarkan wakil Barisan Nasional menggugurkan perjalanan sidang Dewan Undangan Negeri Selangor pada jam 5.00 petang bagi tujuan menggagalkan usaha saya untuk membawa usul meminta kerajaan Negeri Selangor membentangkan Enakamen Pengisytiharan Harta Milikan Wakil Rakyat Negeri Selangor.
Tidak logik kalau Meram yang dijanji projek jalan Sekinchan dua tahun dulu tidak boleh ditarik balik jika rekodnya buruk
1 Nov -
Selepas mengikuti hujah balas Dr Khir Toyo terhadap ucapan Ketua Pembangkang di Dewan Undangan Negeri Selangor, Dr Hassan Ali, saya akui Khir memilih pendekatan yang 'bijaksana', iaitu cuba meraih simpati.
Khir patut kenang sejarah hidupnya sebelum bertindak rakus menyalahgunakan kuasa
1 Nov -
Saya mengakui isu rasuah sudah menjadi satu kebiasaan. Saya suka menyebut dalam konteks bermula peringkat kepimpinan bermula menteri besar Selangor. Lebih kurang 12 menteri besar pertama bermula Raja Tunku Uda sehingga Dato' Abu Bakar Baginda. Nampaknya era tersebut adalah cemerlang dan ia boleh diterima oleh masyarakat. Bagaimanapun, muktahir dalam zaman Dato' Harun, Muhamad Taib dan terakhir Dato' Abu Hassan Omar. Memang pernah disebut kerusi MB Selangor memang panas.
Bertindak sendirian punca masalah
1 Nov -
Apabila beliau dilantik menjadi Menteri Besar Selangor setahun lalu, kita mengharapkan akan muncul seorang MB yang baik dan dinamik. Apatah lagi, beliau adalah di kalangan orang muda. Jadi, bila mendengar dakwaan yang negatif mengenainya, ia amat mengecewakan. Bagaimanapun, dakwaan itu masih dalam penyiasatan dan belum terbukti lagi. Soalnya, melihat dokumen yang didedahkan, bagaimana beliau boleh memberi tanah kepada individu tertentu dengan jumlah yang banyak. Begitu juga dengan kos membina jalan di Sekinchan yang begitu tinggi. Ini menunjukkan petanda kurang baik dalam perjalanan pentadbiran kerajaan negeri di bawahnya. Apa yang dilaporkan itu mungkin hanya segelintir yang kita tahu.
Bayangkan BN terus memerintah negara tanpa Selangor
1 Nov -
SETIAUSAHA Setiausaha Dewan Muslimat PAS Pusat, Ustazah Nuridah Mohd Salleh menyifatkan dakwaan rasuah ke atas Menteri Besar Selangor bukan isu yang mengejutkan.
"Perkara maksiat tidak mengenal sesiapa, tidak kira pekerja bawahan ataupun pemimpin tertinggi sesebuah negara," tambahnya. Hanya keteguhan iman dan taqwa sebagai benteng kekuatan dalam setiap diri insan mampu menyekat gejala buruk itu.
Gadis 20 tahun dapat tanah 50 ekar
1 Nov -
KUALA LUMPUR: Badan Pencegah Rasuah (BPR) harus memberi tumpuan kepada empat kes utama dalam siasatannya terhadap aduan aktivis media, Ahmad Lutfi Othman bahawa Menteri Besar Selangor, Dr Mohd Khir Toyo disyakki terbabit dengan salah guna kuasa.
Lutfi jadi sasaran fitnah Khir Toyo pula
31 Okt -
SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor, Dato' Seri Dr Mohd Khir Toyo yang kini tertekan kerana dakwaan terhadapnya, menggunakan perhimpunan di Dewan Jubli Perak, yang dianjurkan oleh Pergerakan Pemuda Umno Selangor bagi menyerang balas Ahmad Lutfi Othman
Jawapan Khir melencong dari isu sebenar
31 Okt -
SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor Dr Khir Toyo merasa kecil hati dengan tuduhan rasuah yang dilemparkan kepadanya, tetapi beliau tidak akan melayan mereka yang menuduhnya itu, sambil menyifatkan mereka sebagai orang yang tidak betul.
Dalam jawapannya terhadap isu yang dibangkitkan Ketua Pembangkang di Dewan Undangan Negeri Selangor, Dr Hassan Ali, petang tadi, Khir dilihat tidak menjawab secara terperinci terhadap pelbagai dakwaan rasuah kepadanya.
'Budak muda yang kemaruk kuasa'
31 Okt -
Cuba kita kira elaun bulanannya, berapa lama beliau bertugas sehinggakan beliau mampu membayar pinjaman BBMB Kajang itu hanya selepas beberapa bulan jadi MB. Siasatan BPR mesti terbuka dan telus, tak ada perkara yang harus disembunyikan. Tapi bagi kita, kalau pun Khir akan diganti, siapa saja menggantikannya, jahat serupa itu juga. Kalau benar seperti yang dilaporkan, apa yang dilakukan pemimpin Umno boleh disebut sebagai "perompak siang hari spesis lanun". Tapi perompak ini berlesen, menggunakan saluran yang sah untuk mengaut kekayaan, hatta dengan menggunakan nama pihak lain yang mereka sendiri tidak mengetahuinya.
Menjejaki kes rasuah Mb Selangor
31 Okt -
Tidak mudah menjejak seorang Menteri Besar yang dituduh rasuah, sedangkan rekodnya dikatakan baik, walaupun tidak bersih. Itulah yang kami lalui sepanjang menjalankan siasatan apabila memperolehi dokumen penting tentang beberapa keputusan mesyuarat Exco Kerajaan Negeri Selangor mengenai kelulusan tanah dan isu projek jalanraya membelah kawasan sawah di Sungai Panjang, Tanjong Karang.
Tinjauan pendapat anak Selangor tentang dakwaan rasuah terhadap Dr Khir Toyo
31 Okt -
"MENTERI Besar Selangor, mesti menjawab semua tuduhan rasuah kepadanya," kata Safrudin Ishak, 31, berasal dari Tanjung Karang, kini bekerja di Kuala Lumpur.
Beliau mengulas beberapa dakwaan yang ditujukan kepada Dr Mohd Khir Toyo, khususnya tentang kelulusan tanah secara berleluasa kepada kroni dan projek membina jalan di Sekinchan.
Bagaimana Osama selamatkan Khir Toyo?
31 Okt -
KUALA LUMPUR: Jika tidak disebabkan isu serangan Amerika ke atas Afghanistan, mungkin kontroversi dakwaan rasuah terhadap Dr Khir Toyo menjadi perbahasan utama rakyat. Tetapi, dari satu segi, Khir beruntung kerana tumpuan publik tidak kepada isu-isu dalam negeri kerana fokus lebih tertumpu kepada isu global.
'Jika fenomena buruk Menteri Besar Selangor berterusan, negeri ini akan menjadi bankrap' - Dr Hassan Ali
30 Okt -
SHAH ALAM: Meskipun usul tergempar mengenai aduan rasuah Menteri Besar Selangor, Dr Mohd Khir Toyo, gagal disebut dan dibahaskan dalam persidangan Dewan Undangan Negeri Selangor, semalam dan hari ini, tetapi Ketua Pembangkang, Dato' Dr Hassan Ali, yang juga Naib Presiden PAS berjaya memanfaatkan ucapan membahas Belanjawan Negeri Selangor 2002 dengan jayanya.
Usul penuh Teng Chang Khim yang ditolak DUN
30 Okt -
Berikut adalah usul tergempar Ahli Dewan Undangan Negeri Bandar Klang, Teng Chang Khim mengenai laporan rasuah yang dibuat oleh Ahmad Lutfi Othman kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR). Bagaimanapun usul yang dikemukakan pada sidang DUN, 29 Oktober lalu, ditolak Speaker Dewan, Onn Ismail. Apabila Teng, yang juga Ketua Pemuda DAP, tetap berkeras, sekurang-kurangnya untuk membaca usul berkenaan, Onn mengarahkan beliau keluar Dewan. Sebagai tanda protes semua lima ADUN Barisan Alternatif yang lain keluar mengiringi Teng:
BPR harus siasat Rozali Ismail dapat banyak tanah di Bukit Cherakah dengan harga murah dan jual dengan harga terlalu tinggi kepada UiTM
30 Okt -
Saya harap Sdr lebih cekal dan tabah walaupun ditekan oleh pihak berkuasa. Ingatlah bahawa Kekuasaan yang mutlak hanyalah milik ALLAH swt. Jadi teruskan pembongkaran isu-isu tersebut. Sebagai rakyat yang prihatin saya akan cuba memberi berberapa maklumat yang mungkin berguna buat sdr dedahkan bagi tindakan selanjutnya.
Khir diingatkan, jangan peralatkan pihak polis untuk pertahankan kedudukannya sebagai MB
30 Okt -
KUALA LUMPUR: Ahmad Lutfi Othman, pengadu kepada BPR ekoran dakwaan rasuah Menteri Besar Selangor, sekali lagi mencabar Dr Khir Toyo supaya jangan menggunakan pasukan keselamatan untuk mempertahankan kedudukannya yang makin goyah.
"Saya mempunyai bukti kukuh bahawa beliau adalah dalang sebenar di atas penangkapan saya dan operasi rampasan lebih 50,000 naskhah akhbar Memo14. Khir sepatutnya menggunakan sidang DUN untuk menjawab semua pertuduhan ke atasnya bukannya mengelak diri daripada berdepan dengan rakyat," kata Lutfi.
MB S’gor Letak Jawatan Sebelum Raya ?
30 Okt -
Shah Alam : Nasib malang dua Menteri Besar Selangor terdahulu,Muhammad Muhd Taib dan Abu Hassan Omar ,munkin menimpa Dato' Seri Khir Toyo apabila dakwaan rasuah terhadapnya mulai diperkatakan umum, selepas aktivis media iaitu penulis buku politik tekenal Ahmad Lutfi Othman membuat laporan rasmi kepada Badan Pencegah Rasuah, 23 Oktober yang lalu, serta beliau juga turut ditahan pada 28hb Oktober dan juga 50,000 naskah Memo 14 terbitan Penerbitan Pemuda yang melaporkan tentang penyelewangan Khir Toyo turut dirampas.
MB S’gor dicabar buat aduan polis
30 Okt -
Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohd Khir Toyo boleh menjawab dakwaan salahguna kuasa terhadapnya secara terbuka atau membuat laporan polis jika ia tidak betul, kata aktivis media Ahmad Lutfi Othman.
“Saya cabar beliau menjawab secara terbuka (dakwaan itu) melalui Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor atau beliau boleh membuat laporan kepada polis jika dakwaan-dakwaan yang dikemukakan itu tidak betul,” kata Ahmad Lutfi.
Laporan rasuah Khir Toyo: Polis tahan Ahmad Lutfi
30 Okt -
KUALA LUMPUR, 28 Okt (Hrkh) - Pengarang, Ahmad Lutfi Othman ditahan oleh polis dan dibawa ke IPD Seksyen 11 Shah Alam kira-kira jam 4.30 petang tadi selepas kira-kira 50,000 naskah akhbar Memo11nya dirampas.
Lutfi yang menghubungi Harakah dalam perjalanan ke Shah Alam berkata, sekumpulan polis telah datang ke tempat percetakannya di Shah Alam dan bertindak merampas semua terbitan tersebut.
Lutfi jawab pelawaan Khir untuk berjumpa dengannya
27 Okt -
KUALA LUMPUR: Kesediaan Menteri Besar Selangor, Dato' Seri Dr Mohd Khir Toyo untuk memberikan kerjasama sepenuhnya kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR) ekoran dakwaan berlaku amalan korupsi, semasa beliau mempengerusikan mesyuarat Exco Kerajaan Negeri dalam meluluskan permohonan tanah, amat dialu-alukan.
Helah Khir Toyo bagi pastikan sidang DUN tidak bincang isu rasuahnya
26 Okt -
SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor, Dato' Seri Dr Mohd Khir Toyo dikatakan telah memanggil sidang tergempar membabitkan semua ADUN BN negeri ini, pada malam 23 Oktober lalu, bagi menyusun strategi menangkis serangan terhadap kepemimpinannya, ekoran laporan yang dibuat oleh Ahmad Lutfi Othman kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR).
‘Kita gegarkan DUN Selangor’ - Azmin Ali
26 Okt -
Interviu wakil Memo14, dengan Ahli Dewan Undangan Negeri Ulu Kelang, AZMIN ALI, tentang dakwaan salahguna kuasa dan amalan rasuah Menteri Besar Selangor, Dato’ Seri Dr Mohd Khir Toyo. Memo14 adalah akhbar tidak berkala yang khusus diterbitkan untuk mendedahkan penyelewengan Khir.
Khir Toyo sindir Khir Toyo, Ali Rustam dan melayu UMNO
25 Okt -
Laporan rasuah Khir Toyo sepatutnya memaksa BPR sudah menyiasat segera kes membabitkan orang-orang kepercayaan Mahathir ini. Ingatkak kita dulu, yang mahukan Khir bukannya ahli-ahli dan pemimpin-pemimpin Umno, juga bukan Sultan Selangor, tapi Mahathir sendiri, melalui desakan anaknya yang rapat dengan Khir.
Mahathir dan BPR pasti akan pertahankan Khir
25 Okt -
Laporan rasuah Khir Toyo sepatutnya memaksa BPR sudah menyiasat segera kes membabitkan orang-orang kepercayaan Mahathir ini. Ingatkak kita dulu, yang mahukan Khir bukannya ahli-ahli dan pemimpin-pemimpin Umno, juga bukan Sultan Selangor, tapi Mahathir sendiri, melalui desakan anaknya yang rapat dengan Khir.
Mahathir dan BPR pasti akan pertahankan Khir
24 Okt -
Laporan rasuah Khir Toyo sepatutnya memaksa BPR sudah menyiasat segera kes membabitkan orang-orang kepercayaan Mahathir ini. Ingatkak kita dulu, yang mahukan Khir bukannya ahli-ahli dan pemimpin-pemimpin Umno, juga bukan Sultan Selangor, tapi Mahathir sendiri, melalui desakan anaknya yang rapat dengan Khir.
Lagi isu menarik susulan laporan rasuah Khir Toyo
24 Okt -
Pertama-tama saya mnegucapkan tahniah serta syabas di atas usaha sdr mendedahkan kes rasuah MB Selangor. Saya telah mengikuti perkembangan ini dari mula lagi dan berharap agar tidak hanya terhenti disini sahaja dan bukan hanya melibatkan pihak kerajaan malahan jikalau pihak pembangkang pun melakukan sama wajar di dedahkan.
Siasat segera tuduhan rasuah MB Selangor: Dr Khir Toyo patut lepaskan jawatan
24 Okt -
Parti Rakyat Malaysia (PRM) menggesa sekeras-kerasnya supaya Badan Pencegah Rasuah (BPR) menyiasat dengan segera tuduhan-tuduhan salah laku pentadbiran oleh Menteri Besar Selangor yang dianggap telah membawa kepada amalan rasuah sangat serius. Dalam pada masa yang sama, kami menyeru supaya, sementara BPR menjalankan penyiasatan, Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo melepaskan jawatannya sebagai MB, sehingga keputusan yang muktamad tercapai.
Aduan Rasuah membabitkan Menteri Besar Selangor
23 Okt -
Saya mensyakki, berdasarkan beberapa maklumat yang dihantar kepada saya, dan juga carian saya secara lebih lanjut lagi, juga berasaskan maklumat berkenaan, Menteri Besar Selangor, Dato’ Seri Dr Mohd Khir Toyo perlu disiasat kerana dibimbangi beliau telah menyalahgunakan kuasa semasa diberi amanah untuk mentadbir kerajaan negeri Selangor Darul Ehsan.
Ingatan Keng Yaik, "Pemimpin BN jangan perkayakan diri", cukup sesuai ditujukan kepada Dr Khir Toyo
23 Okt -
Saya cukup tertarik dan menyokong penuh kenyataan Presiden Gerakan, Dr Lim Keng Yaik yang menegur pemimpin-pemimpin komponen BN supaya tidak mempergunakan kedudukan dalam kerajaan dan parti untuk mengaut kekayaan untuk diri dan kroni.
Ingatan ini tepat sekali jika disampaikan terus kepada Menteri Besar Selangor, Dato' Seri Dr Mohd Khir Toyo, yang walaupun baru setahun menjadi MB, tetapi telah dengan rakusnya membolot kekayaan.
Sokong Hassan Ali bawa usul undi tidak percaya kepada MB Selangor, 30 Oktober depan
23 Okt -
Saya menyokong penuh ura-ura pihak pembangkang di Dewan Undangan Negeri Selangor yang akan membawa usul tergempar undi tidak percaya kepada Menteri Besar Selangor, Dato' Seri Dr Mohd Khir bin Toyo, dalam persidangan 19 Oktober nanti.
"Ini benar-benar kerja lanun" - Dr Hassan Ali, Ketua Pembangkang di DUN Selangor
22 Okt -
SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor, Dr Mohd Khir Toyo sedang merangka beberapa strategi bagi menggagalkan usaha PAS dan wakil pembangkang yang lain untuk mengusulkan satu undi tidak percaya kepadanya yang dipercayai akan dibuat dalam persidangan Dewan Undangan Negeri Selangor 30 Oktober ini.
Dilantik pengarah syarikat, 28 Mei, pada umur 20 tahun, kemudiannya pada 4 Julai dianugerahkan tanah 50 ekar di Kuala Langat, macamana ni?
20 Okt -
Saya terkejut bilamana semasa meneliti maklumat yang dihantar kepada saya, dan kemudiannya disahkan di pejabat pendaftar syarikat, terbongkar lagi kes kelulusan permohonan tanah yang membabitkan amalan rasuah Khir Toyo, MB Selangor, yang menunjukkan bagaimana tiga orang pemohon yang cukup muda boleh mendapat tanah yang bernilai tinggi.
Alahai Selamat Dollah, pegawai khas Khir Toyo
19 Okt -
Selamat Dollah adalah Pegawai Khas MB Selangor,Dr.Mohamad Khir bin Toyo bin Erodikromo.Selamat Dollah juga dalah Ketua Pemuda Umno Tanjong Karang, bekas kerani Bank Pertanian Tg.Karang.
Semenjak duamenjak jadi Pegawai Khas Menteri Besar Selangor,Selamat Dollah telah banyak buat perubahan. Semua orang yang ingin berjumpa MB mesti melalui dia lebih dahulu.
Sidang DUN Selangor 29 Oktober ini disaran membahaskan usul tidak percaya kepada Khir Toyo
18 Okt -
SHAH ALAM: Enam orang Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor yang mewakili Barisan Alternatif disaran mengusulkan satu undi tidak percaya kepada Menteri Besar, Dato' Seri Dr Mohd Khir Toyo, dalam persidangan Dewan Undangan Negeri Selangor, bermula 29 Oktober ini.
Menteri Besar Selangor kepanasan sendiri, tapi bukan ditembak AS!
18 Okt -
Pagi tadi, semasa dalam perjalanan ke pejabat di Shah Alam, saya terdengar suara serak basah Dato' Seri Menteri Besar kita, Dr Mohd Khir Toyo, berucap secara langsung melalui Radio Malaysia Selangor (RMS) sempena perhimpunan bulanan bersama para pegawai kerajaan negeri, dari Pejabat Tanah dan Galian negeri.
Bukan Meram Holding yang untung banyak dalam projek jalan di Sekinchan
17 Okt -
Suka saya rujuk berita tentang syarikat Meram Holding yang dapat projek RM92.5 juta untuk buat jalan raya di Sekinchan hingga Sungai Panjang, di bawah kawasan DUN Khir Toyo.
Saya ada kawan yang pernah jadi sub-kontraktor kepada Meram. Katanya, syarikat itu mempunyai nama buruk kepada liat sangat nak bayar kepada sub-kontraktor walaupun duit sudah dapat dari kerajaan.
Khir bagi Naib Ketua Umno Tanjong Karang projek penswastaan mengutip hutang rumah di bawah kerajaan negeri Selangor
17 Okt -
Saya ada cerita baru pasal penyelewengan Khir yang rakus tanah dan projek itu. Detikdaily patut siasat kes ini dengan lebih mendalam.
Khir sudah luluskan projek penswastaan mengutip segala sewa rumah murah kerajaan negeri selangor kepada sebuah syarikat milik naib ketua umno tanjong karang, jamian.
BPR jangan baca sebarang tulisan mengenai tuduhan rasuah Khir!
17 Okt -
Khir Toyo yang sedang kepanasan diasak pelbagai dakwaan rasuah dan menyalahgunakan kuasa kini berasa lega kerana diselamatkan oleh Amerika, apabila hampir seluruh rakyat di negara ini memberikan tumpuan kepada berita tentera AS dan Britain mengebom Afghanistan. Dengan itu berita-berita dalam negeri hampir diabaikan dan kurang dipedulikan rakyat.
Apa Khir peduli, orang lain sebat lagi banyak!
17 Okt -
Suka saya merujuk pendedahan Detikdaily tentang penyelewengan Khir Toyo. Saya sokongan pandangan mengatakan apa yang dilakukan Khir seperti rasuah, salahguna kuasa, amalan pilih kasih dsbnya bukanlah perkara yang mengejutkan dalam Umno. Malah, kalau Khir tidak melakukan semua itu, ia merupakan berita yang mengejutkan.
Kisah Khir Toyo yang angkuh di Tanah Suci
14 Okt -
Dengan berbekalkan jawatan MB Selangor dan pengalaman mengerjakan umrah tersebut Khir Toyo sangat gemar merasmikan majlis penutup kursus haji di masjid-masjid.Baru-baru ini Khir Toyo memberikan ucapan penutup kursus haji dimasjid.
Kos perbelanjaan rumah-rumah Khir pun sudah buktikan dia rasuah
13 Okt -
Cukup ramai yang berminat memberitakan skandal sensasi MB Selangor yang berani bermandi darah untuk mempertahankan hak Melayu.Rupa-rupanya Khir Toyo hanya acah-acah nak mandi darah. Mandi air kepala kotai dari Sungai Panjang pun dia kecut perut lari lintang pukang dan panggil FRU untuk perlindungan.
Kes penyelewengan Khir: polis diminta siasat
13 Okt -
SABAK BERNAM: Satu laporan polis dibuat ke atas Menteri Besar, Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo berikutan laporan sebuah akhbar mingguan, Cabaran, tentang kemungkinan berlaku salahguna kuasa dan amalan rasuah dalam kelulusan dua projek jalan raya dekat sini.
Cerita orang kanan Khir di Sungai Panjang, Haji Masloro
13 Okt -
Saya tertarik dengan cerita yang saudara Lutfi dedahkan mengenai penyelewengan dan salahguna kuasa Menteri Besar Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo. Di sini ingin saya menambah apa yang saya nampak dan dengar. Haji Masloro orang paling kanan MB di kawasan Dewan Undangan Negeri Sungai Panjang, dari seorang haprak jadi kaya raya
Isu baru timbul dari Projek sawah ?
13 Okt -
KUALA LUMPUR: Selepas kontroversi Menteri Besar meluluskan projek jalan merentasi sawah padi bernilai RM92.5 juta sepanjang 20.5 kilometer di Sekinchan, Selangor heboh diperkatakan ramai, kini timbul pula isu baru, yang juga dikaitkan dengan urusan yang cukup mencurigakan.
Isu rasuah Khir perkara biasa dalam Umno
13 Okt -
Saya ikuti semua pendedahan sdr tentang isu rasuah Khir Toyo. apa nak dihairankan, dalam Umno semua perkara yang ditonjolkan itu, misalnya bagi projek kepada kroni, sengaja tingkatkan harga projek berkali-kali ganda semata-mata untuk agihkan kepada kawan rakan dan dana Umno, bayar tunai untuk baki pijmana perumahannya sebanyak RM150,000.
Harapan tinggi Shahrir kepada Khir Toyo
7 Okt -
Perlantikan Dr Mohamad Khir Toyo sebagai Menteri Besar menggantikan Dato Abu Hassan Omar adalah suatu yang diluar dugaan semua pemerhati politik, mahupun yang berada didalam parti pemerintah itu sendiri. Saya ingin mengucapkan setinggi tahniah kepada Datuk Seri Dr Mahathir yang telah mengambil satu keputusan yang berani dengan memecahkan kongkongan politik semasa negeri Selangor itu sendiri.
Khir Toyo Takut Mandi Air Kelapa Kotai
7 Okt -
Tidak ada orang Melayu lebih berani selain Khir Toyo cakap pasal maruah Melayu. Khir Toyo sanggup bermandi darah mempertahankan hak Melayu. Tetapi pada 4 Feb 2001 tidak nampak pun batang hidung Khir yang dicucuk MAHAFIRAUN diatas pentas majlis BBM anjuran Ibrahim Ali tempoh hari. Macam manaaa niii Toyo? Majlis mempertahankan Tak Kan Melayu Hilang DiDunia pun hang tak berani tunjuk muka,nak mandi darah konon!. Piiidaahh
BPR tolong siasat Khir Toyo!
7 Okt -
Pendedahan Detik Daily pasal MB Selangor boleh langsai hutang rumah semi-D di Kajang berjumlah RM 150,000.00 dalam tempoh 3 atau 4 bulan selepas menjadi MB Selangor sungguh menakjubkan. Dari mana Khir Toyo dapat pulun duit sebegitu banyak dalam waktu yang sangat singkat?.
Wartawan ada jalannya, orang politik tentu lebih bijaksana menentukan pendekatan terbaik
7 Okt -
Terima kasih atas beberapa pandangan yang memberi reaksi kepada pendedahan Detikdaily tentang dakwaan salahguna kuasa dan amalan rasuah Menteri Besar Selangor Dr Khir Toyo.
Siapa sukacita apabila Khir Toyo ditimpa masalah
7 Okt -
KUALA LUMPUR: Ketua Pemuda Umno, HIshamuddin Hussein Onn dikatakan gembira dengan tersebarnya berita bahawa Menteri Besar Selangor mengamalkan rasuah dan terbabit dengan penyalahgunaan kuasa secara ketara.
Penduduk Sekinchan heboh bincang amalan rasuah Khir
7 Okt -
SEKINCHAN: Penduduk setempat hangat membincangkan isu membabitkan Menteri Besar Selangor, Khir Toyo yang dituduh bertanggungjawab sepenuhnya di atas dakwaan berlakunya amalan rasuah yang ketara dalam pemberian projek membina jalan merentasi sawah padi dekat sini.
Sah, taukeh Cina bekas tuan rumah Khir Toyo yang dianugerahkan "projek RM4.5 juta untuk 1 km jalan merentasi bendang"
6 Okt -
Merujuk isu pembinaan jalan merentasi bendang di Sungai Panjang, kawasan yang diwakili Datuk Seri Menteri Besar Selangor, sejauh 20.5km, berharga RM92.5 juta, atau RM4.5 juta satu km.
Fail Lama 28 Januari 2001: Khir Toyo gila tanah
5 Okt -
Kerakusan MB Selangor Khir Toyo terserlah sudah.Kerakusan membolot harta rakyat bukan sahaja diperhatikan oleh rakyat tetapi diakui sendiri oleh pemimpin Umno. Belum pun sampai mencecah setahun memegang jawatan MB tetapi kerakusan memperkaya kroni dalam Pemuda Umno terutama AJK pemuda Tg.Karang sangat ketara.
Selangor belanjakan RM4.5 juta untuk bina 1km jalan bendang
4 Okt -
Dilihat isu-isu kontroversi yang kini dihalakan kepada Dato' Seri Dr Mohd Khir Toyo, nyata sekali kerusi Menteri Besar Selangor sememangnya panas sekali.
Majoriti 17 ketua pemuda Umno bahagian di Selangor mahu berontak lawan Khir, kenapa?
3 Okt -
Benar, skala rasuah Khir Toyo bukan lagi sekitar belasan atau puluhan juta, dia sudah mula main angka ratusan juta. Cuba tengok adik beradik dan ipar-duainya, BPR kena kaji dan selidik sungguh-sungguh. Berana nilai kekayaan mereka.
Khir bayar tunai RM150,000 untuk langsaikan tunggakan rumah semi-Dnya di Kajang
2 Okt -
Ini satu lagi kes membabitkan salahguna Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo.
Khir sebelum menjadi MB, mengusahakan klinik gigi di Kajang. Dia juga membeli sebuah rumah semi-D dekat sini. Tentulah dengan menggunakan pinjaman bank. Harga rumah itu lebih kurang RM200,000.
Agong murka Khir tak melawatnya di hospital Singapura
1 Okt -
SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor, Dr Mohd Khir Toyo yang kini kelemasan dihujani pelbagai tuduhan membabitkan rasuah semakin gelabah apabila Yang di-Pertuan Agong murka kepadanya ekoran sikap acuh tak acuhnya mengunjungi Sultan Selangor itu yang diberitakan sedang mendapat rawatan kesihatan di Singapura.
Ingatan buat Lutfi: Jangan hanya jatuhkan Khir tapi simpan maklumat yang ada untuk jatuhkan kerajaan BN di Selangor
29 Sept -
Isu yang sdr bangkitkan tentang salahguna kuasa MB Selangor, Khir Toyo, iaitu meluluskan permohonan Yang di-Pertuan Agong untuk mendapat pinjaman peribadi RM6,000,000 bagi membina istana buat isterinya, Aishah, bagi saya, satu perkara yang menarik perhatian.
Cerita pembantu khas Khir yang dirasuah RM500,000 ....
29 Sept -
SHAH ALAM: Selalunya tokoh yang paling dekat dengan Menteri Besar Selangor, yang dikaitkan dengan perancang untuk mengaut sebanyak mungkin kekayaan di negeri ini ialah setiausaha politik MB, Dr Karim, termasuk merasuah seorang pegawai tinggi kerajaan negeri dengan 50 ekar tanah di Kuala Langat.
Detikdaily berkunjung ke tapak projek yang didakwa ada unsur rasuah ketara di Tanjung Karang
28 Sept -
Buat pembaca yang banyak memberikan sokongan kepada Detikdaily, saya mohon maaf kerana dalam masa dua hari ini ada sedikit masalah. Saya juga menerima banyak maklumbalas mengenai pendedahan kami tentang salahguna kuasa Menteri Besar Selangor, Dr Khir Toyo.
Khir rasuah Agong RM6juta?
24 Sept -
Cerita bagaimana Khir Toyo meluluskan lebih 5,000 ekar tanah dalam masa setahun pemerintahannya sudah hangat dibicarakan rakyat, khususnya melalui internet. Dikatakan beliau mentadbir Selangor seperti seorang pengarah menguruskan syarikat sendiri. Malah ada yang menuduh MB Selangor itu telah mengaut, bersama Setiausaha Politiknya, lebih RM100 juta tunai. Begitu juga dengan kisah Khir menyogok seorang pegawai kanan kerajaan negeri, dalam usahanya mempercepatkan proses kelulusan tanah di sebuah daerah di Selangor.
Amalan Rasuah dalam Pembinaan Jalan Dari Sekinchan ke Ulu Bernam, Sabak Bernam, Selangor: Khir juga disyakki terbabit!
22 Sept -
Saya merujuk pendedahan sdr tentang Cadangan Pembinaan Jalan Cross Ban 4, Sungai Panjang, Selangor, yang dianugerahkan kepada kontraktor bermasalah, Meram Holding Sdn Bhd. Konsultant projek ini ialah Jurutera Perunding, Kelana Jaya, manakala Juruukur/ Rekabentuk ialah Jalal Johari Consultants, Taman Melewati, Kuala Lumpur.
Dari Fail Lama: BPR Digesa Siasat Khir Toyo
21 Sept -
Satu atau dua hari sebelum umat Islam menyambut Aidil Fitri akhbar pembodek BN menyiarkan berita dan gambar pemimpin Umno menderma kepada orang ramai. Antara berita sensasi yang disiarkan oleh akhbar pembodek Utusan Meloya dan Berita Hairan pada 26 Disember 2000 adalah berita /gambar Khir Toyo beri duit raya. Akhbar BH, m.s. 16 menyiarkan gambar/berita Khir Toyo memberi duit raya lebih RM 70,000.00 kepada anak yatim masing-masing mendapat RM 100.00 seorang seramai lebih 700 orang.
Khir Toyo bolot kewangan untuk dirinya saja, bertujuan supaya pemimpin Umno lain melutut kepadanya
21 Sept -
Shah Alam: Tindakan Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Selangor , Dato Seri Dr Mohd Khir Toyo menyekat segala permohonan yang disalurkan terus ke Perhubungan UMNO Negeri begitu mengecewakan ramai pemimpin-pemimpin UMNO Bahagian Negeri ini
Hubungan Khir dengan pemimpin kanan Selangor bermasalah
20 Sept -
SHAH ALAM:- Hubungan Menteri Besar Selangor, Dato Seri Mohd Khir Toyo dengan beberapa pemimpin kanan UMNO bahagian negeri ini dikatakan dingin dan renggang berikutan sikap Khir dan para pegawainya yang kurang menghormati mereka.
Taktik Khir ikat Istana Selangor?
20 Sept -
Pemberian sejumlah wang yang dianggarkan bernilai RM 10 juta kepada Yang Dipertuan Agung oleh Menteri Besar Selangor, Dato Seri Dr Khir Toyo boleh menjejaskan kreadibiliti dan kewibawaan ketua negara yang menjadi payung buat semuat rakyat itu.
BPR harus gesa siasat pembabitan rasuah Khir dalam projek "Cadangan Pembinaan Jalan Cross Ban 4, Sungai Panjang", bernilai RM92.5 juta untuk sepanjang 20.5 km kepada syarikat bermasalah yang disenaraihitamkan JKR, sedangkan jangkaan kos oleh JKR hanya sekitar RM20 juta saja
18 Sept -
Sekarang bukan masa yang sesuai untuk bercakap pasal politik Malaysia. Pilihan raya negeri Sarawak yang sebenarnya panas dan mendebarkan itu pun tidak diperhatikan orang. Pungutan 111 emas yang melayakkan kontijen SUkan SEA negara menjadi juara keseluruhan pun tidak disambut dengan benar-benar meriah, apatah lagi apabila Mahathir sendiri tidak mengisytiharkan hari ini, Selasa, 18 September sebagai hari cuti.
"Jika benar Khir rasuah, dia akan tumbang akhirnya"
18 Sept -
Apakah pemimpin termuda yang menjadi MB di negeri termaju di Malaysia akan menjejaki nasib malang Pak Abu dan sebelumnya Mat Taib? Walaupun kes yang sdr dedahkan itu tidak ada kena mengena dengan skandal seks, tapi bagi saya, jika penyelewengan itu membabitkan wang dan amanah rakyat, itu sudah cukup besar untuk menarik Khir turun dari takhta kuasa.
Khir tak kisah walaupun amalan rasuahnya didedahkan!
17 Sept -
Respons kepada pendedahan Detikdaily terhadap penyelewengan Menteri Besar Selangor, Khir Toyo, pelbagai pihak mengalu-alukannya. Mereka mahu Detikdaily tidak menangguhkan usaha mendedahkan tanah-tanah yang dikatakan diagihkan secara rasuah oleh Khir kepada kroninya.
Pegawai kanan kerajaan di Selangor disogok demi memudahkan usaha meluluskan tanah sebanyak 544 ekar untuk 11 syarikat. Khir meluluskannya 2 bulan lalu
11 Sept -
Percutiannya sekeluarga termasuk pembantu-pembantunya ke Australia dikatakan atas biayaan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS). Tidak dipastikan pula apakah ianya menurut prosedur ataupun dibuat secara sesuka hatinya saja.
Siri Pertama : Tidak mustahil selepas setahun Khir Toyo jadi MB, lebih RM100 juta wang tunai dikumpulkannya.
10 Sept -
APABILA kami mendedahkan bahawa terdapat banyak maklumat untuk mensabitkan Menteri Besar Selangor, Dr Khir Toyo dengan amalan rasuah terutama dalam meluluskan projek dan permohonan tanah di negeri itu, ramai tidak percaya.
Khir Toyo 'pembohong besar' - Adun pembangkang
7 Sept -
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) pembangkang Selangor, menyifatkan tuduhan Menteri Besar Selangor, Dato' Dr Khir Toyo, bahawa Adun pembangkang tidak menjalankan tanggungjawab mereka sebagai tuduhan liar dan suatu "pembohongan besar."
Tembelang Khir terima RM10 juta dari syarikat hartanah terkemuka terbongkar
6 Sept -
Kalangan ahli-ahli UMNO di negeri ini dan di peringkat Pusat `kecoh’ dengan khabar-khabar angin kononnya Menteri Besar Selangor, Dato Seri Dr Mohd Khir Toyo menerima sejumlah wang bernilai RM10 juta untuk dirinya sendiri daripada salah sebuah syarikat pembinaan sebagai syarat meluluskan tanah beribu ekar untuk kepentingan syarikat tersebut.
Pengarah empat syarikat yang dapat tanah 400 ekar di Shah Alam telah dikenal pasti
5 Sept -
Empat syarikat berbeza tetapi mempunyai nama pengarah yang sama, yang dianugerahkan lebih 400 ekar tanah berdaya maju di Selangor, dalam satu mesyuarat Exco Kerajaan Negeri telahpun dikenal pasti.
Khir Toyo diminta jelaskan isu kelulusan tanah
4 Sept -
Isu kelulusan permohonan tanah dalam satu mesyuarat Exco Kerajaan negeri Selangor kepada seorang ahli perniagaan di atas nama lebih empat syarikat yang berbeza-beza menjadi perbualan ramai. Setiap syarikat diberikan 50 ekar tanah yang berdaya maju.
PM kecewa dengan lawatan makan angin Khir ke Eropah
30 Ogos -
Perdana Menteri, Dato Seri Dr Mahathir Mohamad dikatakan `kecewa’ dan `marah’ dengan tindakan Menteri Besar Selangor, Dato Seri Mohd Khir Toyo yang mengadakan lawatan mencari pelaburan ke luar negara kira-kira tiga bulan lalu.
Cakap Khir Toyo tolak projek babitkan keluarganya dusta?
29 Ogos -
Walaupun dalam satu wawancara di akhbar utama baru-baru ini ada menyebut bahawa Menteri Besar Selangor, Dato Seri Dr Khir Toyo akan mencampakkan ke dalam tong sampah pada setiap projek yang membabitkan kaum keluarganya tetapi tidak adakah kaum keluarganya yang hidup senang?
Mesra rakyat dan `Handphone’
29 Ogos -
Nombor `handphone’ yang tercatat di papan tanda elektronik mahupun di dalam dairi adalah untuk kemudahan rakyat berhubung secara terus dengan beliau. Dalam setiap masalah yang timbul, ia akan diselesaikan oleh MB Selangor yang baru setahun memegang tampuk pemerintahan negeri.
Laporan polis ini akan dibuat di balai polis Pandan Indah pada jam 10.30 pagi 19 Ogos 2001
22 Ogos -
Pada hari Sabtu 18 Ogos 2001 kira-kira jam 5.00 petang, saya telah pergi ke Kg. Seri Damai, Taman Kencana dan mendapati kain rentang yang menunjukkan bahawa Menteri Besar Selangor akan mengadakan perhimpunan umum di kampung itu pada petang hari Ahad 19 Ogos 2001.
Perhimpunan MB Selangor di Ampang Jaya juga satu perhimpunan haram !
21 Ogos -
Pada bulan Julai lalu Menteri Besar Selangor telah mengadakan satu perhimpunan di Ampang Campuran. Walaupun beliau hadir untuk merasmikan satu projek perumahan tetapi majlis itu tetap majlis politik dengan parti-parti bukan kerajaan serta NGO-NGO diserang di dalam perhimpunan tersebut. Tetapi mengapakah majlis hari itu tidak dikepung atau diberhentikan oleh pihak polis sepertimana majlis-majlis penerangan PAS?
Selepas isu enam syarikat yang dapat tanah tapi hanya dikuasai seorang pengarah terdedah, kini isu Talam Holding pula gugat Khir Toyo
21 Ogos -
Menteri Besar Selangor yang dikatakan cukup ghairah dan gelojoh meluluskan permohonan tanah kini mencari-cari siapa dalang di dalam kerajaan negeri Selangor yang mendedahkan rahsia bahawa beliau meluluskan tanah kepada enam syarikat berbeza tetapi mempunyai pengarah yang sama baru-baru ini.
Karenah orang keliling Khir Toyo kalahkah MB sendiri
20 Ogos -
“Saya tidak sangka begini sikap seorang setiausaha politik kepada rakannya,” keluh seorang pegawai yang pernah bekerja dengan bekas setiausaha politik menteri kabinet suatu ketika dahulu. Pegawai itu memberitahu, walaupun tugas sebagai setiausaha politik begitu serius dan mencabar, tetapi sikap yang ditunjukkan oleh pegawai kepada Menteri Besar Selangor itu boleh menjejaskan imej Umno Selangor secara keseluruhannya.
Veteran Umno ingatkan Khir supaya jangan gelojoh sangat luluskan tanah
20 Ogos -
Dr Khir Toyo yang menyambut ulang tahun pertama menjadi Menteri Besar Selangor diingatkan supaya lebih telus dan terbuka dalam proses meluluskan tanah-tanah di negeri ini. Khir sendiri mengakui dalam wawancaranya dengan Utusan Malaysia bahawa hampir dua pertiga kerjanya berkaitan permohonan tanah dan projek. "Beliau harus meneliti apa yang dilakukan Setiausaha Politiknya, Dr Karim buat selama ini berkaitan permohonan tanah. Jangan terlalu golojoh sangat mahu mengaut segala kekayaan daripada tanah-tanah yang diluluskan itu," tegur seorang veteran Umno dekat sini yang tidak mahu namanya disebut.
Orang kanan MB Selangor akan jatuhkan Khir Toyo sendiri
16 Ogos -
Apakah anda bercita-cita mahu menemui Menteri Besar Selangor, Dato Seri Dr Khir Toyo? Kalau anda mahu membuat appointment dengan beliau, anda perlu berhubung dengan Pegawai Khasnya, saudara Selamat Dollah.Selepas berhubungt dengan pegawai khasnya, anda akan disuruh tunggu dalam jangkamasa yang tertentu atau tidak dapat bertemu dengan Khir sepanjang hayat. Begitu juga jika anda menunggu Khir di pejabat. Selepas menunggu berjam lamanya, anda akan pulang dengan tangan kosong kerana Khir sudahpun keluar kerana mahu `bermesra dengan rakyatnya yang lain’.
Khir Toyo didakwa lulus banyak tanah kepada syarikat yang dipertikai
15 Ogos -
Prestasi Menteri Besar Selangor, Dr Mohd Khir Toyo mula dipersoalkan oleh sebahagian besar pemimpin utama Umno negeri ini. Selain dikatakan dikelilingi oleh penasihat dan ahli-ahli perniagaan yang pentingnya diri dan kelompok masing-masing, Khir didakwa banyak meluluskan tanah yang begitu luas kepada syarikat-syarikat yang menjadi pertikaian.
|
Top Home
"DETIK DAN Al - WASILAH SUDAH MATI! HALANG PENCABULAN KDN TERHADAP KEBEBASAN MEDIA"
|
PENERBITAN PEMUDA
24G, Jalan 4/21D, Medan Idaman, Gombak, 53100 Kuala Lumpur
Tel : 03-40243530 Faks : 03-4630372
lutfi_detik@hotmail.com
|
|