Mengapa ramai jurutera di Shah Alam, Sabak Bernam dan Kuala Selangor bertukar dan naik pangkat, kalau tidak kerana amalan rasuah Khir Toyo?

Oleh : AL-QAEDA

Menteri Besar Selangor, Dato' Seri Dr Mohd Khir Toyo dalam melenium ini cukup sensasi. Selain namanya yang cukup antik, perangai dan tindakan-tindakannya juga mengatasi populariti dan unpopulariti MB Selangor yang lepas-lepas. Dari seorang anak petani yang dhaif, seterusnya menjadi doktor gigi dan kini, yang terakhir beliau dilantik menjadi Menteri Besar Selangor. Bagaimanapun, anugerah yang dikurniakan Allah SWT itu tidak dipergunakan sebaiknya dan sewajarnya sebagai hamba Allah yang bertaqwa.

Tidak dinafikan MB Selangor adalah merupakan Menteri Besar Umno yang lebih sedikit pengetahuan Islamnya berbanding MB Umno yang lain.

Kerana kelebihannya itu, Dr Khir Toyo berani bercakap pasal nilai Islam termasuk konsep 6M yang cuba dilaksanakan dalam pentadbirannya. Kuliahnya di radio Shah Alam tak ubah ibarat seorang ustaz sedang mengajar.

Tetapi malang sekali pandangan dan ucapan Khir Toyo di corong radio itu tidak dapat dipertahankan. Cakap tak serupa bikin, kata orang sekarang.

Menilai ucapan “al-Fadhil Ustaz Khir Toyo” di radio, ia boleh dianggap sebagai seorang yang berhemah tinggi dan tawadhuk sekali. Ia bagaikan tidak terpengaruh dengan kehidupan duniawi dan kemewahan seperti sumpahnya ketika baru dilantik menjadi Menteri Besar Selangor.

Tetapi apabila mempengerusikan mesyuarat anggota Exco Kerajaan Negeri dan memberikan projek kepada kroni dan ahli keluarganya, ia ibarat si kudung mendapat cincin.

Dua watak yang jelas berbeza ini dapat diibaratkan sebagai watak Clark dalam siri “Superman” yang menjadi kesukaan anak-anak. Apabila si Clark memakai pakaian tertib dan sopan, ia tidak mempunyai kuasa sama sekali dan tidak mampu berbuat apa-apa, malah boleh dipulas telinganya.

Tetapi apabila ia cawat merah dipakai sebagai pakaian luar, maka ia berkuasa dan menjadi gagah perkasa. Siapa pun tidak mampu melawannya. Maka MB Selangor ,Khir Toyo bolehlah dianggap sebagai Clark dalam siri Superman itu. MB Selangor kini boleh dianggap sebagai “The Super Khirtoyo”.

Penganugerahan kawasan tanah ratusan ekar kepada beberapa orang yang sama dan kepada anak-anak berumur 20 tahun serta penganugerahan projek pembinaan jalan bernilai RM124 juta memang telah dirancang oleh “Super Khirtoyo” sebaik saja menjadi MB Selangor.

Beberapa bulan setelah menjadi MB Selangor,”Super Khirtoyo” telah mengarahkan ramai pertukaran pegawai-pegawai Pejabat Daerah dan Tanah. Pegawai yang banyak terlibat adalah pegawai pelukis pelan dan SO ( Pegawai Petempatan).

Sebahagian besar pegawai ini telah bekerja puluhan tahun di satu-satu pejabat daerah. Tiba-tiba apabila “Super Khirtoyo” menjadi MB, mereka ditukarkan. Ada pegawai dari Pejabat Daerah Kelang ditukar ke Sabak Bernam, dari Petaling ke Kuala Selangor, dari Kuala Langat ke Kuala Kubu atau Petaling dan seterusnya. Adalah difahamkan bahawa tujuan “Super Khirtoyo” menukar pegawai tersebut supaya sesaorang pegawai tidak terlalu berkuasa dalam satu-satu kawasan jagaan mereka. Ini yang tersurat. Yang tersiratnya adalah “Super Khirtoyo” dan segala kroninya mudah memperalatkan pegawai yang baru ditukarkan dalam satu-satu daerah.

Daripada laporan Ahmad Lutfi Othman kepada BPR, banyak kawasan tanah yang diberikan kepada syarikat kroni Dr Karim Mansor, Setiausaha Politik MB dan Khir Toyo, tertumpu di kawasan Daerah Petaling dan Kuala Langat. Itu pun berdasarkan tiga mesyuarat Exco yang didedahkan Lutfi.

Setelah dianalisis, pejabat-pejabat inilah paling ramai menerima pegawai baru dan menukarkan pegawai lama. Mengapa hal ini berlaku?Sesungguhnya “Super Khirtoyo” telah merancang muslihatnya ini dengan teliti sekali.

Dalam kes pemberian projek jalan-jalan Sekincan dan Sg. Panjang juga terdapat maklumat yang boleh dihubungkait dengan isu ini. Adalah dimaklumkan bahawa pada peringkat awal projek pembinaan jalan yang melebihi RM124 juta itu, sepanjang 30 kilometer, telah diminta pejabat JKR Sabak Bernam untuk mengawasinya. Tetapi pihak yang akan dipertanggungjawabkan itu tidak sanggup mengawasinya kerana projek berkenaan terlalu besar nilainya dan tidak munasabah harganya. Maka oleh kerana itu projek pembinaan jalan “Super Khirtoyo” diserahkan kembali ke JKR Shah Alam untuk mengawasinya. Sebagai hadiah atau akibatnya adalah Jurutera Kuala Selangor dinaikan pangkat kepada Penolong Pengarah Jalan, manakala jurutera yang junior di Shah Alam pula dinakkan pangkat dan menjadi Jurutera Sabak Bernam, sementara Jurutera JKR Sabak Bernam ditukarkan ke Kuala Selangor. Mengapa terdapat dua orang jurutera dinaikkan pangkat dan seorang ditukarkan ke daerah lain tanpa kenaikan pangkat? Tentu ada yang tersurat dan tersirat.

Juga dimaklumkan sekarang ini kontraktor Cabaran Wangsa, yang sebenarnya membina jalan raya di Sekinchan bernilai RM4.5 juta untuk satu kilometer, ia seolah-olah berfungsi mengatasi fungsi konsultan jalan. Nasihat dan pandangan konsultan jalan tidak diperindahkan.Segala-galanya terletak mutlak kepada Cabaran Wangsa. Sebab ia mempunyai hubungan rapat dengan “Super Khirtoyo”, dan Khri sendiri sudah mendapat habuan yang tidak kurang lumayannya.

Sesungguhnyalah penganugerahan ratusan ekar tanah kepada syarikat tertentu dan individu yang sama dan anak-anak muda serta pemberian dan pembinaan projek jalan bernilai RM124 juta sepanjang 30 km bolehlah dianggap sebagai “KHIR TOYO CONNECTION” kerana ada “Super Khirtoyo” yang bercawat merah.

Kita tidak pasti sama ada BPR yang sudahpun menjalankan siasatan dapat mengesan perkara ini atau tidak, atau mereka sengaja pejam-pejam mata. Apa pun rakyat sendiri dapat menilai bagaimana rakusnya MB termuda ini membaham segala projek dan tanah berharga di Selangor



Top   Home

"DETIK DAN Al - WASILAH SUDAH MATI!
HALANG PENCABULAN KDN TERHADAP KEBEBASAN MEDIA"
PENERBITAN PEMUDA
24G, Jalan 4/21D, Medan Idaman, Gombak, 53100 Kuala Lumpur
Tel : 03-40243530 Faks : 03-4630372
lutfi_detik@hotmail.com