MENGAPA KELUARGA KHIR TOYO INGIN BANTU TABUNG HAJI?

Oleh : WALI 9

Salah seorang ahli keluarga Khir Toyo,MB Selangor yang menonjol akan kemewahannya sekarang ini adalah Ustaz Nasir Toyo. Adik Khir Toyo ,ustaz Nasir Toyo adalah seorang guru agama di Sekolah Kebangsaan Dato' Manan, Tg.Karang.

Baru-baru ini pada salah satu mesyuarat PIBG sekolah berkenaan ,adik Khir Toyo telah datang dengan memandu kereta mewah Mercedes mata kacang. Sungguh hebat ahli keluarga Khir Toyo sejak ia menjawat jawatan MB Selangor.

Ustas Nasir menerangkan kepada kepada orang-orang kelilingnya bahawa projek pembinaan jalan bernilai puluhan juta di Sekincan dan Sg.Panjang yang dianugerahkan oleh abangnya itu adalah untuk membantu bukan sahaja kroni abangnya tetapi juga membantu Tabung Haji. Menurut ustaz Nasir ,Khir Toyo akan memberikan sebanyak RM satu juta dari keuntungan projek jalan kepada Tabung Haji yang kehilangan hampir RM 9 juta.

Persoalannya ,mengapa Khir Toyo dan ahli keluarga sibuk-sibuk ingin membantu Tabung Haji yang kehilangan wang RM 9 juta?. Apakah ahli keluarga Khir Toyo terlibat sama akan kehilangan wang Tabung Haji?.Apakah keluarga telah terlalu kaya sekarang ini ? Atau Timbalan Ketua Bahagian Umno Tg.Karang,Noh Omar yang menjaga Tabung Haji telah memaksa Khir Toyo untuk membantu Tabung Haji yang kehilangan wang.Atau Dato'Mid bin Man sebagai penasihat PM dan Tabung Haji telah memaksa Khir Toyo yang bermasalah dengan rasuah di Selangormembantu Tabung haji.Jika tidak Dato'Man bin Mid akan mendesak PM pecat Khir Toyo.Kini Khir Toyo bagai cacing kepanasan.



Top   Home

"DETIK DAN Al - WASILAH SUDAH MATI!
HALANG PENCABULAN KDN TERHADAP KEBEBASAN MEDIA"
PENERBITAN PEMUDA
24G, Jalan 4/21D, Medan Idaman, Gombak, 53100 Kuala Lumpur
Tel : 03-40243530 Faks : 03-4630372
lutfi_detik@hotmail.com