Mengapa saya sokong Khir bagi tanah pada budak muda umur 20 tahun

Oleh : JUGA ORANG MUDA

Antara banyak isu yang dibangkitkan oleh Ahmad Lutfi dalam aduannya kepada BPR, saya tertarik dengan kes bagaimana budak-budak berumur 20 tahun boleh mendapat tanah seluas 50 ekar.

Soalnya, tahukah budak-budak ini cara mencari tanah kosong kerajaan dan kemudiannya melalui prosedur tertentu memohon tanah? Lebih pelik lagi, bagaimana pula seorang anak Pegawai Daerah, juga berumur 20 tahun, boleh memohon tanah di kawasan ayahnya menjadi DO.

Begitu juga dengan budak perempuan 20 tahun yang tinggal di flat Dewan Bandaraya begitu bertuah sekali mendapat tanah berharga tinggi itu. Saya teringin sekali nak berkenalan dengannya sebab saya pun budak muda juga tapi nak minta flat kos rendah pun tak dapat sampai hari ini.

Betullah cakap Khir Toyo bahawa budak muda itu akan menjadi idola remaja. Kami mahu tahu apalah kehebatan beliau sehingga boleh menjadi pengarah syarikat dalam masa yang cukup singkat, tak sampai pun 50 hari, dan selepas itu terus saja dapat tanah.

Amboi mak cepatnya permohonannya diluluskan. Ajaib sekali. Kalau dia terbaca tulisan saya ini saya harap nak jumpa dengan dia.

Kalau saya seorang pemberita saya tak akan lepaskan peluang untuk interbiu dengannya. Saya nak korek rahsianya untuk dikongsi bersama boleh remaja lain. Yalah, dari kita lepak-lepak kat mana-mana supermarket kat elok kita jumpa menteri besar untuk minta tanah. Tentu menteri besar bagi punya kerana dia pun orang muda juga.

Kalau orang lain nak marah dengan Dr Khir Toyo itu mereka punya pasal. Tapi kepada saya, orang seperti Khir Toyo patut disokong 100 peratus. Kalau dia nak lawan ketua pemuda Umno pun saya rasa boleh menang, sebab dia berdarah muda dan sentiasa menyokong orang muda.



Top   Home

"DETIK DAN Al - WASILAH SUDAH MATI!
HALANG PENCABULAN KDN TERHADAP KEBEBASAN MEDIA"
PENERBITAN PEMUDA
24G, Jalan 4/21D, Medan Idaman, Gombak, 53100 Kuala Lumpur
Tel : 03-40243530 Faks : 03-4630372
lutfi_detik@hotmail.com