Mahathir dan BPR pasti akan pertahankan Khir

Oleh : PENGUNDI SUNGAI PANJANG

Laporan rasuah Khir Toyo sepatutnya memaksa BPR sudah menyiasat segera kes membabitkan orang-orang kepercayaan Mahathir ini. Ingatkak kita dulu, yang mahukan Khir bukannya ahli-ahli dan pemimpin-pemimpin Umno, juga bukan Sultan Selangor, tapi Mahathir sendiri, melalui desakan anaknya yang rapat dengan Khir.

Oleh itu, BPR tidak boleh bersikap sambil lewa dengan laporan Lutfi itu. Kita tahu Ketua Pengarah BPR yang baru, begitu lambat bertindak. Bukankah dia bekas pegawai tinggi polis, yang hanya akan mematuhi apa saya kata-kata dan arahan Mahathir?

Kita pun hairan, bagaimana tidak ada sebuah akhbar pun yang dikawal Mahathir menyiarkan laporan rasuah itu. Apakah dengan membuat pendedahan yang disokong oleh begitu banyak fakta dan maklumat terperinci, para editor upahan Mahathir itu tidak melihatnya sebagai berita yang ada kaitan dengan kepentingan ramai.

Sudahlah budak berumur 20 tahun diberikan tanah yang cukup lumayan, sebahagian mereka pula tinggal di rumah setinggan, rumah pangsa Dewan Bandaraya, dan lebih terkejut bila Lutfi dedahkan ada yang langsung tak tahu mereka dapat tanah seluas 50 ekar. Ini sudah melampau. Kita yang nak minta rumah kos rendah pun perlu mematuhi macam-macam syarat, ini nak kaut untung dari 50 ekar tanah di Shah Alam, yang nilainya lebih 20-30 juta MB boleh luluskan begitu saja.

Kita cabar BPR buat penyelidikan segera. Kalau Lutfi, seorang wartawan pun boleh ccari macam-macam maklumat, masakan BPR yang ada segala kemudahan untuk panggil dan siasat orang boleh jadi tunggul.

Saya peribadi langsung tak yakin BPR yang di bawah kuasa Mahathir itu akan menyiasat secara adil dan telus. Jangan haraplah bapa rasuah nak suruh BRP siasat anak kesayangannya yang juga taik rasuah. Khir pun saya pasti tak rasa apa-apa kerana Mahathir akan jaga belakangnya. Rembatlah sebanyak mana pun tanah di Selangor, naikkanlah setinggi mana pun nilai projek jalan di Sekinchan tu, Mahathir akan pertahankannya.

Mahathir mesti kata bahawa laporan Lutfi itu penuh dengan fitnah. Jadi perlahan-lahan, apatah lagi suratkhabar pun tak cover berita ini, cerita Khir akan dilupakan. Lantaklah segala rasuah, yang kenyang kroni sendiri juga. Rakyat bawahan hanya jadi penonton bisu. Nak lawan, tunggu saja pilihan raya, tapi ceramah pun sudah tak boleh. Macam mana nak dedahkan rasuah Khir ini pada orang ramai.

Tapi saya yakin Lutfi ada caranya sendiri.



Top   Home

"DETIK DAN Al - WASILAH SUDAH MATI!
HALANG PENCABULAN KDN TERHADAP KEBEBASAN MEDIA"
PENERBITAN PEMUDA
24G, Jalan 4/21D, Medan Idaman, Gombak, 53100 Kuala Lumpur
Tel : 03-40243530 Faks : 03-4630372
lutfi_detik@hotmail.com