Oleh : PEMANTAU DALAMAN
Assalamulaikum Sdr. Lutfi,
Saya harap Sdr lebih cekal dan tabah walaupun ditekan oleh pihak
berkuasa. Ingatlah bahawa Kekuasaan yang mutlak hanyalah milik ALLAH
swt. Jadi teruskan pembongkaran isu-isu tersebut. Sebagai rakyat
yang prihatin saya akan cuba memberi berberapa maklumat yang mungkin
berguna buat sdr dedahkan bagi tindakan selanjutnya.
Bagi kes diatas, saya mendapat maklumat mungkin terdapat
unsusr-unsur rasuah atau salahguna kuasa didalam isu pemberian
kontrak Kampus Baru Universiti Teknologi Mara (UiTM) di Bukit Cerakah Shah Alam.
Saya mendapat maklumat bahawa, Tapak Tanah Kampus baru UiTM yang
bakal dibina di Bukit Cherakah, Shah Alam di beli (S&P akan ditanda
tangan sedikit masa lagi) dari tuan empunya tanah yaitu Tan Sri Dato
Rozali Ismail(TSRI), Pengerusi Eksekutif Puncak Niaga dan Puncak
Alam Sdn Berhad pada harga kurang sedikit RM200 juta. dan wang
pembayaran telah pun di masukkan ke akaun UiTM (Bendahari
UiTM.)
Kalau tak percaya sila buat Audit di UiTM. Isunya kenapa
perlu Kerajaan /UiTM beli tanah dari individu sedangkan pihak
kerajaan Selangor boleh meluluskan tanah dengan harga rendah kepada pihak
UiTM tanpa perlu membayar jutaan ringgit pada Rozali Ismail.
Kalau Khir Toyo
boleh meluluskan 400 ekar tanah Bukit Cerakah pada individu yang
sama kan elok bagi saja pada UiTM? Cubalah kita bayangkan RM200 juta
itu boleh diberikan pada ratusan rakyat miskin di negeri Selangor
atau membantu syarikat-syarikat yang bermasaalah.
Sudahlah tu,
kontrak pembinaan kampus baru bernilai RM 2 billion tersebut juga
telah diberikan pada syarikat yang mana Tan Sri Rozali Ismail ada
kepentingan. BPR sila check kenapa tinggi sangat nilai kontak UiTM
ini. Nak buat kampus takkan sampai 2 billion. Itu tidak termasuk
kontrak maintenance sekolah-sekolah seluruh semenanjung bernilai
RM500 juta yang Tan Sri sorang ni dapat juga. Betullah kata Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kaya bertambah kaya yang miskin papa kedana.
Untuk makluman sdr pihak yang bertanggungjawab memberikan kontrak
ini pada Tan Sri ini, ialah sapa lagi kalau bukan Bapa Konspirator
Datuk Aziz Samsuddin, Timbalan Menteri Pendidikan @ Menteri Penuh. Entah
berapa juta komisyen yang dia dapat. Datuk Aziz ni indebted dengan
Tan Sri Rozali sebab tolong dia dan anak dia (sapa lagi Si Eddy
Edaran Positif yang dapat kontrak supply Communication
Centre)fundkan project ICT SUKOM bernilai RM300 juta masa Sukan
Komenwel lalu.
Bila semua bank reject loan dia, yang bagi pinjam
duit ialah Tan Sri ni. Sekarang ni kalau jumpa Datuk Aziz minta
projek Kementerian Pendidikan apa jawabnya, kalau bukan "Sila jumpa Tan Sri
Rozali Ismail!"
Sekian. Wasallam.